Saturday, April 25, 2009

Kemudahan untuk OKU di Hotel Equatorial

Call button without embossed braille



tak mesra OKU...susah nak tekan bagi air keluar...macam tak flexible jer...


mungkin susah bagi golongan OKU yang berkerusi roda untuk menggunakan paip di sinki ni



ni tandas untuk OKU...paling hujung antara tandas untuk org normal...


ruang di pintu masuk ke tandas...susah sikit bagi yang guna kerusi roda...tak luas sangat

pintu ni ditarik ke arah luar tandas

pemegang pintu dah ok...pengangkut tu pun dah kira ok gak...coz rendah. Mudah la nak sangkut barang kan?





nampak macam sempit je kan...kalau yang berkerusi roda, ruang ni memang tak cukup kalau nak putarkan kerusi roda mereka. Bila nak keluar pun, kena undurkan kerusi roda mereka.





Friday, April 24, 2009

Lawati laman rasasayang79... :)

Hi semua...lama dah tak buat entry baru...sibuk dengan peperiksaan sekarang. Cuma kekadang tu jenguk gak la laman kami ni...kalau2 ada yang melawat...

Baru ni...ada sorang penulis blog gak yang cacat penglihatan telah melawat ke laman kami ni...Terima kasih diucapkan kepada beliau...

Jika tak keberatan mungkin beliau boleh memberi pendapat dan pandangan ataupun memberi sebarang komen tentang isu yang cuba kami bangkitkan di sini...

Jika sesiapa yang berminat mengenali beliau boleh la melawat laman beliau di :

http://www.myazhar4u.blogspot.com/


Sekian dahulu dari saya... :)

Wednesday, April 8, 2009

Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan Kurang Upaya

Dipetik daripada: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=431%3Akeistimewaan-dan-kemudahan-kepada-golongan-orang-kurang-upaya&catid=202%3Abantuan-dan-subsidi-kerajaan&Itemid=4

Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.

Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan
Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.

Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

Kemudahan Akses di Bangunan Awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;

Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.
Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan Peluang Pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.
Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )


Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional
Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
• Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
• Kad Pengenalan;
• Lesen Memandu yang sah;
• Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
• Lesen memandu - pihak kedua;
• Kad Pengenalan - pihak kedua;
• Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
• Kad Pengenalan;
• Kad Pengenalan OKU;
• Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.

Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

Pencen Terbitan
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

Kemudahan Geran Pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000

Sumbangan Kepada Program-Program OKU
Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

Kemudahan Telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:-
• Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
• Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
• Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.
Takaful Malaysia Berhad
Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-
• Kemalangan;
• Kematian - urusan pengkebumian;
• Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit;
• Keilapan Kekal akibat kemalangan;
• Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan:
• Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
• Berdaftar dengan mana-mana persatuan.

Tuesday, April 7, 2009

MPAJ tambah kemudahan OKU

AMPANG 17 Feb. – Golongan kurang upaya (OKU) di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini tidak perlu gusar lagi apabila pelbagai prasarana khas akan disediakan bagi kemudahan mereka.

Antara kemudahan khas yang akan disediakan ialah tempat letak kereta, tandas, laluan dan disusuli dengan kemudahan lain di pusat beli-belah dan bangunan awam yang lain.

Perkara itu dicapai dalam sesi dialog antara OKU, agensi kerajaan dan pihak swasta bersama MPAJ di Kelab Tasik Pandan di Pandan Perdana hari ini.

Ia turut dihadiri oleh wakil Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Wilayah Persekutuan, Ahli Majlis serta Ketua Bahagian di MPAJ, pihak pemaju dan persatuan yang mewakili OKU.

Sesi dialog itu juga membincangkan secara terperinci mengenai permasalahan itu dan jalan penyelesaiannya.

Program yang julung-julung kali diadakan itu dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua merangkap Setiausaha MPAJ, Abd. Hamid Hussain.

Menurut Abd. Hamid, pelbagai inisiatif akan diambil oleh MPAJ untuk membantu OKU dalam jangka panjang dan jangka pendek dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan kawasan Pandan Perdana menjadi kawasan pertama mendapat kemudahan itu.

Mengenai cadangan MPAJ mengambil OKU sebagai kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, beliau berkata, pihaknya memang digalakkan mengambil sekurang-kurangnya satu peratus daripada kakitangannya daripada kalangan OKU.

Namun, katanya, ia perlu memenuhi beberapa syarat seperti pendidikan dan kemahiran dalam sesuatu bidang, kesesuaiannya dengan pekerjaan yang dipohon dan kekosongan jawatan.

Sementara itu, satu taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah JKM, Yeoh Joo Ai, Pengerusi Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur, Anthony Arokia, Pengerusi Persatuan OKU, Peter Tan dan Ahli Majlis Kebangsaan Akta OKU, Naziaty Mohd. Yaacob mengenai keperluan golongan itu.

Ia diharap dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU dan mendedahkan peranan PBT dan organisasi lain di dalam memastikan pelaksanaan pembangunan yang tidak mengabaikan golongan tersebut.

Monday, April 6, 2009

Bagaimana perasaan anda jika keadaan ini berlaku terhadap diri anda sendiri...?

22 Mac,2009 18:55 PM

Patuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Bagi Kemudahan Oku
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=398087

PETALING JAYA, 22 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran agar memastikan institusi kewangan mematuhi peruntukan Undang-undang kecil Bangunan Seragam bagi memastikan lokasi mesin ATM boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU).

Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Damai Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala V. Murugeswaran berkata institusi kewangan tidak mematuhi peruntukan itu menyebabkan ramai OKU yang menggunakan kerusi roda menghadapi masalah dan menjadi mangsa dalam urusan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Sebagai contoh seorang anggotanya yang lumpuh semua empat anggota badannya Safuan Al-Farugi, 24, menggunakan kerusi bermotor dirompak wangnya dua minggu lepas disebabkan mesin ATM itu terletak di tempat yang agak tidak sesuai untuk diakses oleh OKU.

Katanya Safuan yang bertugas dengan sebuah syarikat IT di Cyberjaya bergerak menggunakan kerusi yang dibuat khas, mendapati seorang sahabatnya yang diminta membantu mengeluarkan wang beliau daripada mesin ATM, telah mengeluarkan simpanannya tanpa diketahui sebanyak RM4,250.

"Dia terpaksa memberikan kad ATM dan nombor pin kepada orang ketiga itu (sahabatnya) bagi mengeluarkan wang tersebut dan mengambil kesempatan berikutan dengan keadaan kurang upaya itu," kata Murugeswaran pada persidangan akhbar di sini.

Dalam hubungan ini, persatuan itu menggesa kementerian tersebut dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengarah dan memastikan pihak berwajib mematuhi undang-undang kecil berkenaan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggarinya untuk meningkatkan hak-hak asas OKU.-- BERNAMA

Sunday, April 5, 2009

Firdaus kecil tapi kental..

Firdaus kecil tapi kental
Oleh Nurul Adlina Kamaludinadlina@bharian.com.my


BELIAU pernah dicerca dan diketepikan dalam 11 temu duga kerja hanya kerana kekurangan dirinya yang dilahirkan sebagai insan kerdil. Namun, ia terbukti tidak pernah mematahkan semangat Firdaus Mohamad @ Kamal yang biarpun baru berusia 20 tahun tetapi sudah mampu meraih pendapatan empat angka iaitu sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Ini hasil usahanya sebagai usahawan syarikat I Tech Technology yang menyediakan perkhidmatan baik pulih dan aksesori komputer miliknya di Segambut.


Firdaus Mohamad @ Kamal.

Siapa sangka, biarpun ketinggiannya cuma 115 sentimeter, namun jiwa, hati, tekad dan semangatnya jauh lebih besar daripada insan normal lain dan sanggup menempuh dugaan yang melanda hasil persepsi negatif segelintir masyarakat yang meragui kemampuannya. Beliau tidak kisah biarpun terpaksa turun padang dan berharap bantuan rakan menghantarnya menemui pelanggan, selain perlu menebalkan muka mengedar kad nama di sebarang majlis atau ekspo bagi mempromosi syarikatnya. Bagi Firdaus, selain mencari rezeki halal demi masa depan, niatnya juga mahu membahagiakan kedua orang tuanya, Kamal, 64 tahun dan Rohani, 55, yang mencari rezeki sebagai penjual sate. Tekadnya, membawa mereka menunaikan ibadat haji hasil titik peluhnya sendiri selain membuka kilang barangan terpakai komputer.



Kesungguhan dan keikhlasan Firdaus itu bukan hanya mengagumkan ramai, termasuk bekas guru dan rakan-rakannya, tetapi turut memberi tamparan hebat kepada insan normal lain yang sanggup menganggur tanpa berusaha atau kerana terlalu memilih kerja. "Biarlah apa orang nak kata. Apa lebih penting adalah impian dan semangat untuk menjadikan apa yang kita inginkan itu satu kenyataan. Memang orang boleh kata apa pun, tetapi pokok pangkalnya, terletak pada diri sendiri. Alhamdulillah, setakat ini, Allah permudahkan usaha saya," kata anak kelahiran Rawang, Selangor, yang tampil segak berpakaian kemas, ketika ditemui baru-baru ini Tutur katanya yang berhati-hati itu turut membuktikan dirinya yang kelihatan lebih matang daripada usia sebenarnya, mungkin kerana pernah melalui liku hidup penuh kesukaran untuk bergelar usahawan muda. Menyingkap suka duka perjalanan hidupnya sebelum bergelar usahawan, anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata bidang komputer sememangnya tidak asing bagi dirinya. Namun, ia lebih kepada minat iaitu suka bermain permainan video ketika menjadi pelajar.
Firdaus Mohamad @ Kamal.Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2007, beliau sempat bertugas di sebuah kilang membuat piala di Segambut selama sebulan. Peluang terbentang di depan mata apabila bapanya, membawa pulang borang kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Pusat Giat Mara Segambut. "Saya mengikuti kursus itu selama setahun dan diberikan sijil Giat Mara dan sijil Kemahiran Malaysia. Selepas tamat pengajian, saya cuba memohon pekerjaan, termasuk menempuh 11 temu duga, tetapi gagal kerana keadaan fizikal saya. "Lebih sedih lagi, sudahlah tidak diberi peluang, ada pula yang melontarkan kata-kata seperti 'boleh ke kau buat kerja macam ni?' Saya meminta diberi peluang untuk membuktikannya. Tetapi harapan tinggal harapan. Saya tidak menerima apa-apa jawapan balas. Sudah pasti rasa terkilan dan sedih juga kerana masih ada pihak yang memandang rendah keupayaan insan seperti saya." Kegagalannya itu tidak melemahkan semangat Firdaus yang sebaliknya terus memanfaatkan peluang ada bagi merangka rancangan seterusnya. "Tahun lalu, saya menemui Pengurus Pusat Giat Mara Segambut, Nurul Azimah Mohd Ani. Akhirnya pada Julai 2008, saya dapat membuka I-Tech Technology yang buat sementara ini ditempatkan di lot kedai di Pusat Teknopreneurs Giat Mara di Taman Sri Sinar, juga di Segambut." Hasil bantuan Pusat Giat Mara yang memberinya elaun sara hidup RM200 sebulan, membayarkan sewa tapak kedai, menyediakan peralatan untuk beroperasi serta wang RM1,000 dipinjam daripada abangnya, Firdaus akhirnya membuka I-Tech Technology. Kini, selain melakukan sendiri semua tugasan penting - membaiki komputer, melakukan pemasaran dan promosi serta bertemu pelanggan, Firdaus boleh tersenyum bangga kerana mampu meraih pendapatan agak lumayan itu. "Saya perlu rajin mencari peluang dan pelanggan, biarpun di kawasan luar Segambut. Buat masa ini, pelanggan utama saya adalah pihak Giat Mara sendiri. Saya juga mengenakan bayaran berbeza bagi servis baik pulih komputer mengikut kategori. Pelajar misalnya yang hanya perlu membayar kira-kira RM40 manakala syarikat pula serendah RM70 bagi setiap unit komputer." Biarpun penat kerana waktu kerja yang tidak menentu termasuk pada hujung minggu selain terpaksa berulang alik menaiki komuter dari rumahnya, ia bukanlah masalah besar bagi Firdaus. "Apa yang penting, kita harus jujur, ikhlas dan berusaha selagi terdaya," katanya yang turut menjadi mentor kepada sekumpulan bekas pelatih Pusat Giat Mara berkenaan.


Firdaus turut menjadi mentor kepada pelajar lepasan Pusat Giat Mara Segambut.

Penghargaan Buat " Invisible Third Eye"

Post hari ni sebenarnya hanya untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Miss Invisible Third Eye.

Dalam blog beliau, ada menyenaraikan blog kami sebagai rujukan untuk post yang dibuat iaitu :

"AKSES KEHIDUPAN OKU" di laman blog
= http://blinkerszone.blogspot.com/

Sama2lah kita membantu golongan yang kurang upaya disamping menanam nilai saling memahami dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam mencapai matlamat negara maju.

TQ :)

Friday, April 3, 2009

Toilet at Bukit Jambul Shopping Complex

Sekarang kita tinjau kat tandas di Bukit Jambul Shopping complex. Daripada perbualan dengan beberapa orang rakan...akhirnya saya setuju bahawa kemudahan tandas awam yang disediakan amatlah tidak mesra pengguna terutamanya golongan kurang upaya. Gambar di bawah ni diambil dari pintu masuk ke tandas ni...nah lihatlah sendiri...tandas untuk OKU terletak nun jauh di hujung sana. Tak boleh ke tandas OKU tu diletakkan berdekatan dengan pintu masuk ke...senang sikit mereka nak guna kan..takyah la sampai nak masuk ke dalam lagi...tapi kan rata2 tempat la...kalau mereka tak sediakan tandas OKU di tempat yang berasingan mesti keadaan serupa camni...kenape agaknye yer...?


Satu lagi masalahnye kat sini...pintu tandas OKU ni kena tolak masuk ke dalam tandas. Untuk pengetahuan semua...ruang dalam tandas ni takde la luas sangat pun...cukup2 untuk pusingkan kerusi roda boleh la agaknye...tapi kalau dah pintunye ditolak masuk ke dalam tandas cam ni alamatnya bertambah tak luas la ruang kat dalam tandas tu.

Sekarang ni pula kita tengok kat pintu tu...gambar kunci pintu...kalau seperti yang dimaklumkan oleh Miss Tan Chin Chin...kunci pintu ni memberi kesusahan sikit bagi golongan OKU walaupun tidak semua...(bergantung kepada jenis kecacatan.) Rasanya perlu ditukar la kot supaya tandas yang disediakan ni betul2 mesra OKU.

Gambar kat bawah ni pula jenis tombol yang terdapat di bahagian luar tandas.




hanya terdapat 1 pemegang besi yang disediakan...accessible ke ni?

ruang tandas yang agak sempit.