Saturday, March 21, 2009

Apa kata hati..

Kali ini saya terjah pula ke Hospital Pantai Mutiara, sebuah hospital swasta. Jika dilihat dari luar nampak biasa je. Tapi dah masuk dalam macam hospital bertaraf 5 bintang...Saya rasa la,sebabnya wad pesakitnya best. Bilik yang selesa. Selama seminggu saya pernah bermaustatin kat hospital ni, tak pernah terlintas nak kena gi terjah untuk buat tugasan pula. Jom kita jelajah hospital ni...come, check it out!!!


Sekitar di depan pintu masuk ke dalam hospital. Kemudahan yang tersedia bagi memudahkan golongan OKU mendapatkan rawatan.



Hospital dah tentulah besar ada segala kemudahan lif,ramp,kerusi roda malah tandas. Tandas kat sini tak nampak terlalu eklusif sangat la. Boleh la guna bagi golongan OKU. Tandasnya yang ringkas,bersih tak la selesa sangat sebabnya paip air antara mangkuk tandas amat jauh sangat.Macam mana mereka nak guna kalau jauh macam ni.Pemegang pun hanya sebagai syarat ada ja tujuan untuk pegang. Bagi OKU tidak selesa la,dah la sukar nak capai paip air sukar bergerak. Kita yang lihat pun sukar nak tafsir,bagi OKU sudah tentu la. Sinki pula tinggi kena panjangkan leher la kalau mereka nak lihat cermin.Paip air dalam tandas juga tak sesuai bagi mereka. Sukar untuk dibuka.





Paip air yang agak jauh dari mangkuk tandas,menyukarkan mereka untuk menggunakannya.




Ramp di dalam tandas yang agak sempit dari biasa.



Secara keseluruhannya kemudahan perlu diseimbangkan dengan tahap perkhidmatan terhadap pesakit.Pihak pengurusan perlu prihatin tentang tahap kemampuan sesuatu kemudahan yang tersedia.