Friday, March 27, 2009

Lambaian di KLIA..

Bertemu kita lagi..Kali ni saya nak bawa anda semua ke Kuala Lumpur..salah satu ibu negara yang terulung di rantau ini..tapi adakan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kepada golongan OKU??...seiring dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan??..Jom kita ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)..

Tempat utama yang kami tuju adalah tandas..Akhirnya ternampak simbol tandas..Tempat yang sangat eklusif ..
Ini ialah pintu masuk ke dalam tandas.Ruang pintu yang tersedia besar dan boleh memuatkan kerusi roda.
Sinki yang tersedia dalam bentuk yang mudah untuk mereka. Ruang tisu juga terletak hanya diatas berserta tempat pemegang juga turut tersedia. Memang seronok berada dalam tandas ni.. Pendapat anda??

Gambar diatas kelihatan struktur mangkuk tandas, berserta tempat pemegang dan paip air. Semua kemudahan ini berada pada tahap yang sangat baik. Tandasnya yang bersih memberi keselesaan kepada golongan OKU untuk menggunakannya. Amat selesa sekali. Tandasnya juga tidak dikongsi bersama tandas awam yang lain. Tempatnya juga strategik..Dibawah ini gambar tempat tisu yang turut tersedia bagi kegunaan mereka.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersama-sama membantu mereka yang memerlukan...Jadi mesralah kita terhadap golongan OKU yang amat memerlukan....

Sunshine Square..mesra OKU...

Pada minggu ini saya berkesempatan untuk ke Sunshine Square yang terletak di Bayan Baru bagi meninjau tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Ianya dimiliki oleh rakyat tempatan, yang telah lama terlibat dalam perniagaan ini. Jadi tanggungjawab sosial mesti tidak dilupakan seiring dengan peningkatan mutu perniagaannya.


Ramp ini adalah untuk kemudahan troli barangan serta OKU untuk menggunakannya. Terletak diluar pintu untuk ke tempat letak kereta.

Kemudahan lif yang tersedia disini tidak mesra OKU. Hal ini kerana punat lif tidak tersedia dalam bentuk braille. Sukar bagi mereka yang cacat penglihatan untuk menggunakannya.

Berbalik kita kepada bab yang seterusnya iaitu tandas OKU. terletak ditingakat 2. Tandas ini berkongsi sekali dengan tandas biasa. Ruangnya sempit susah untuk OKU masuk menggunakan kerusi roda. Orang awam yang masuk pun terpaksa bersempit untuk kedalam tandas. Inikan pula OKU dengan kerusi rodanya. Bagaimana mereka nak guna. Takkan nak tunggu orang lain keluar dan tandas dah kosong baru nak guna??Amat2 sukar bukan...
Papan tanda amat bertanggungjawab, tetapi adakah mereka terus bertanggungjawab??
Bagaimana??cantik ke tandas OKU..sesuai??tidakkan..amat2 mengecewakan sekali bila saya masuk saja ke dalam tandas OKU.Sinki dipenuhi plastik,tisu dan mangkuk tandasnya yang kotor serta tempat pemegang langsung tidak mencirikan mesra OKU.Mengikut fikiran saya tandas ini digunakan juga oleh orang normal. Takkan boleh kotor sampai macam nie..Macam mana la kita nak ubah mentality orang awam kita agar mesra OKU??

Secara keseluruhannya Tanggungjawab sosial masih kurang dipratikkan oleh pihak pengurusan. Mereka hanya utamakan perniagaan dari aspek kemudahan untuk OKU. Jadi dimanakah silapnya??