Tuesday, March 31, 2009

Penghantaran Email kepada pihak pengurusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) & Giant Bayan Baru

Kami telah menghantar email kepada pihak pengurusan Giant di Bayan Baru dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan isu kemudahan golongan OKU yang terdapat di Giant dan di Taman Belia yang dikatakan kotor serta kemudahan yang disediakan tidak memenuhi ciri-ciri untuk golongan OKU. Tetapi apa yang menyedihkan kami, tiada maklum balas daripada pihak mereka. Di sini kami paparkan kandungan email yang dihantar kepada pihak mereka.



Daripada: Nasliza Binti Ab Rahman



Kepada: aduan@mppp.gov.my
Tarikh: Isnin, 23 Mac, 2009 10:16:47
Cc: leez_faz@yahoo.com
Subjek: Aduan tentang tandas OKU yang terdapat di Taman Belia Pulau Pinang...


Salam...
Saya Nasliza Binti Ab Rahman pelajar tahun akhir USM, major dalam Antropologi & Sosiologi.Saya mengambil kursus SAU 216E (Globalization Cyber & Future Studies) dan membuat kajian tentang kemudahan OKU yang terdapat di Taman Belia. Dari pemerhatian kami, didapati Taman Belia ini memang menarik kerana tempat dan suasananya yang indah serta nyaman. Tetapi yang membuatkan kami merasa tidak puas hati ialah berkenaan dengan tandas terutama tandas OKU.Jika dilihat, tandas untuk golongan ini kotor dan dipenuhi dengan tisu-tisu. Manakala ciri-ciri pembinaanya tidak memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan tidak bersesuaian kepada golongan ini. Contohnya jika dilihat paip air jauh dari mangkuk tandas, ini menyukarkan mereka untuk menggunakannya. Begitu juga dengan pintu masuk, jika dilihat pintu untuk masuk ke tandas ini juga sempit dan menyukarkan mereka terutama yang berkerusi roda. Kami juga berharap agar pihak tuan meletakkan tanda amaran supaya orang ramai tidak boleh menggunakan tandas ini sesuka hati mereka. Jika di lihat orang awam menjadikan tandas ini sebagai tempat persalinan pakaian mereka. Hal ini menyebabkan tandas menjadi tidak bersih


Dengan itu, diharapkan pihak tuan meletakkan label supaya orang ramai sedar bahawa tandas tersebut untuk kegunaan golongan OKU sahaja. Selain itu, kami juga berharap pihak tuan, perlu memisahkan tandas untuk golongan OKU dengan tandas-tandas lain, hal ini penting kerana kita sedia maklum ada sesetengah golongan ini sukar untuk berjalan dan memerlukan keluasan yang tertentu untuk bergerak dan tidak perlu untuk beratur bersama-sama orang ramai untuk ke tandas.



Dengan itu di harapkan pihak tuan dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Kprihatinan pihak tuan amat penting demi memastikan golongan ini dapat dapat hidup selesa dengan kemudahan yang di sediakan. Oleh itu, di harapkan pihak tuan dapat memberi komen @ maklum balas secepat mungkin berkenaan dengan isu ini melalui e-mail saya iaitu leez_faz@yahoo.com kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan berbanyak2 terima kasih....Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara berkaitan isu ini pihak tuan boleh melawati blog kami di
http://access4disabilities.blogspot.com/



TIADA BALASAN/RESPON DARI PIHAK MEREKA...



To: http://www.giant.com.my/




cc:leez_faz@yahoo.com


subject: Kajian tentang kemudahan OKU yang terdapat di Giant, Bayan Baru.



Assalamualaikum...
Saya Nasliza Binti Ab Rahman pelajar tahun akhir USM,major dalam Antropologi & Sosiologi. Saya mengambil kursus SAU 216E (Globalization Cyber & Future Studies) dan membuat kajian tentang kemudahan OKU yang terdapat terutama di pasaraya2 besar seperti Giant. Tetapi kami dapati bahawa di Giant kemudahan yang berkaitan dengan OKU kurang memuaskan. Contohnya berkenaan tempat parking OKU. Kami dapati bahawa tiada kemudahan untuk mereka walaupun kita lihat kawasan parking itu amat luas. Ini tidak adil untuk mereka, mereka juga seperti orang biasa lain yang ingin hidup tanpa bergantung dengan orang lain. Hal ini jelas akan menyusahkan golongan mereka yang ingin membeli belah di sana. Selain itu, dari pemerhatian kami, kami dapati bahawa kemudahan untuk naik ke tingkat 2 juga tiada untuk golongan OKU. Seperti yang kita sedia maklum bahawa eskulator tidak dibenarkan sama sekali untuk kegunaan mereka terutama bagi mereka yang berkerusi roda seperti yang ditunjukkan pada label di eskulator. Jadi bagaimana dengan golongan ini yang ingin membeli belah di tingkat atas? sedangkan kemudahan untuk mereka tiada..Meraka terpaksa bergantung kepada orang lain.. Dengan itu di harapkan pihak tuan dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Kprihatinan pihak tuan amat penting demi memastikan golongan ini dapat dapat hidup selesa dengan kemudahan yang di sediakan. Oleh itu, di harapkan pihak tuan dapat memberi komen @ maklum balas secepat mungkin berkenaan dengan isu ini melalui e-mail saya iaitu leez_faz@yahoo.com kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan berbanyak2 terima kasih....Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara berkaitan isu ini pihak tuan boleh melawati blog kami di
http://access4disabilities.blogspot.com/


TIADA BALASAN/RESPON DARI PIHAK MEREKA...

Penang Chinese Town Hall

Penang Chinese Town Hall adalah hall yang ke-2 terbesar di Pulau Pinang.Tempat ini selalu digunakan untuk majlis besar membabitkan golongan muda, tua, kanak-kanak dan juga tidak ketinggalan golongan OKU. Tapi selalunya golongan OKU la masa majlis amal dan asebagainya. Sebagai Hall yang digunakan oleh golongan OKU, adakah pihak pengurusan menitikberatkan kemudahan untuk mereka? Dan seiringkah kemudahan itu untuk mereka..mari kita tinjau..


Ini ialah simbol untuk ke tandas bagi golongan OKU.


Pintu masuk ke dalam tandas yang agak sempit serta tidak ada ramp untuk berkerusi roda.



Tandas untuk golongan OKU yang agak bersih dan selesa. Setiap peralatan didalam tandas mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan adanya pemegang, sinki yang rendah, paip air serta tempat tisu. Ini ialah contoh tandas yang bersih la untuk sesebuah hall nie. Jarang kita jumpa tandas yang bersih dengan adanya tandas khusus untuk golongan OKU. Selalunya tandas akan dikongsi bersama tidak kira cacat atau tidak. Tapi di Penang Chinese Town Hall ni ada tandas khusus untuk OKU. Memudahkan bagi OKU untuk menggunakannya. Tandasnya juga bersih dan selesa...


Tapi satu ja saya tidak berpuas hati, iaitu lorong untuk ke tandas. Ruangnya agak sempit dan penyediaan ruang juga perlu banyak belok. Hal ini sukar bagi kerusi roda untuk belok ke sana sini semata-mata untuk ke tandas. Sukar bukan??kenapa tidak disediakan ruang yang lebih mudah??Tandas dah baik tapi lorong untuk ke tandas pula yamg bermasalah..Bab tangga untuk ke tandas juga ada masalah. Adakah perlu tangga untuk ke tandas. Susahnya nak lalu??Tangga menyusahkan OKU yang berkerusi roda untuk naik. Mereka perlu diangkat untuk ke tandas. Dah la dewan ni selalu digunakan untuk majlis amal yang membabitkan golongan OKU dan orang tua.
Lorong untuk ke tandas yang agak sukar


Secara keseluruhannya pihak pengurusan perlu memandang aspek kemudahan untuk golongan OKU dengan lebih mendalam lagi. Hal ini kerana dewan ini selalunya digunakan bagi majlis amal yang membabitkan golongan OKU dan orang tua yang berkerusi roda. Tanggungjawab sosial perlu dilaksanakan seiring dengan keperluan masyarakat.Bukan hanya kemudahan ada tapi tak sesuai bagi mereka. Jadi bersama-samalah untuk membantu agak mereka juga dapat menggunakan segala kemudahan yang tersedia dengan mudahnya.Mesra OKU...