Sunday, March 29, 2009

Ke Arah Perubahan- Akta OKU

http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku/browse_thread/thread/7357765d606f1567

Kehidupan OKU lebih berkualiti
Laporan Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Masalah diskriminasi terhadap orang kurang upaya (OKU) di negara ini bakal ditangani tidak lama lagi apabila Rang Undang-Undang OKU yang menekankan soal pembangunan kualiti hidup dan kesejahteraan mereka diluluskan kelak.

Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam bertujuan mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan mereka. Ia juga membolehkan Majlis Kebangsaan bagi OKU ditubuhkan untuk menggalakkan kehidupan yang berkualiti untuk orang kurang upaya.

Antara intipati penting rang undang-undang itu ialah mengenai cadangan supaya OKU diberikan akses sama rata terhadap pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan bangunan awam seperti golongan masyarakat lain. Justeru, dalam menjamin hak itu diberikan, kerajaan dan penyedia
kemudahan, perkhidmatan dan pengangkutan awam, perlu mengambil langkah sesuai untuk memastikan ia dilengkapi prasarana mesra OKU. Shahrizat berharap dengan adanya akta ini kelak, nasib masyarakat OKU akan lebih terbela dan berjalan lancar.

"Saya percaya dengan adanya rang undang-undang ini juga pembelaan dan kesejahteraan OKU akan diperdanakan dengan lebih terurus melalui dasar dan pelan tindakan dan Konvensyen OKU yang akan diadakan nanti serta membuka satu era baru kepada semua OKU termasuk keluarga dan penjaga mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam. Shahrizat berkata, rang undang-undang itu dijangka akan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan.

Rang Undang-Undang itu turut menekankan akses kepada sistem pendidikan bagi masyarakat OKU yang memperuntukkan supaya golongan berkenaan tidak dikecualikan daripada mendapat pendidikan umum, manakala kanak-kanak OKU pula tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi membolehkan golongan itu meneruskan pelajaran, kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah menyediakan prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan golongan itu. Diskriminasi yang dialami OKU dalam sektor pekerjaan juga bakal diatasi apabila mereka diberi hak untuk mendapat pekerjaan atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Majikan pula hendaklah melindungi hak OKU atas asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuk peluang dan saraaan sama rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja selamat dan sihat,perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati.

Majlis Kebangsaan bagi OKU pula bertanggungjawab bagi menggalakkan pengambilan kerja OKU dalam sektor swasta, merumuskan dasar dan langkah sesuai yang boleh termasuk program tindakan berkesan dan menggalakkan OKU untuk bekerja sendiri.

Rang undang-undang itu turut mencadangkan supaya perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial bagi OKU dengan ketidakupayaan teruk ditekankan bagi memastikan kebajikan mereka tidak terjejas selepas kematian ibu bapa atau penjaga mereka.

Bagi tujuan itu, rang undang-undang itu mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan untuk memberi insentif tertentu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau penjaga yang menyediakan institusi jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk.

Jom kita tinjau sejenak di Nilai....

Jom semua kita tinjau kemudahan OKU yang terdapat di Nilai Negeri Sembilan. Dari tinjauan kami kemudahan OKU yang terdapat di sini sungguh memuaskan hati kami terutama berkenaan dengan tandas. Tandasnya yang memenuhi ciri-ciri untuk golongan OKU memudahkan mereka..Tandasnya yang bersih membuatkan kami berpuas hati dan amat membanggakan kami..Anda pula bagaimana???setuju dengan pendapat saya??..Pihak pengurusan perlulah mengambil berat mengenai kebajikan golongan OKU kerana mereka juga seperti kita semua ingin hidup tanpa memerlukan bantuan dan bergantung harap kepada orang lain..Jadi fikir-fikirkanlah....


Pintu masuk yang yang dilihat amat bersih mencerminkan kebersihan keseluruhan tandas tersebut..

Label yang di pamerkan menunjukkan keprihatinan pihak pengurusan berkenaan golongan OKU. Mereka secara umumnya mengambil berat dan menunaikan tanggungjawab mereka.

Sinkinya yang direka rendah sesuai untuk golongan OKU untuk membasuh tangan. Ia amat sesuai sekali untuk mereka.

Mmm...cuba lihat tandasnya yang memenuhi ciri-ciri dan sesuai untuk golongan OKU..Pemengangnya yang boleh dilaraskan memudahkan mereka untuk melaraskan mengikut kesesuaian mereka. Secara keseluruhannya saya dapati bahawa tandasnya memenuhi ciri-ciri yang di kehendaki..Paipnya yang dekat dengan mereka memudahkan mereka, jika kita lihat sebelum ni ada sesetengah tempat paip punyala jauh...anda bayangkanlah kalau mereka yang berkerusi roda..kesiankan.. Tandasnya yang bersih amat saya sukai...bestkan kalau semua tandas camni..xdela orang merungut pasal tandas kotor lagi...