Monday, March 30, 2009

Jom singgah sejenak di perhentian Tapah

Jauh sungguh meratau nie semata-mata nak buat tugasan yang diberikan. Hari ini saya nak bawa anda ke Tapah pula untuk meninjau segala kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU. Adakah pihak pengurusan menitikberatkan kebajikan OKU.Di R&R Tapah kita nak lihat sejauh mana kemudahan seperti tandas dilengkapi dengan kemudahan mereka yang kurang upaya ini.Jom kita tinjau..

Arah tuju untuk ke tandas.Tapi xada simbol untuk golongan OKU..mcm mana mereka nak tau tu tandas mereka ke tak..kan susah kalau nak cari..

Di pintu sebelum masuk ke dalam tandas. Simbol OKU tertera dengan jelas untuk kemudahkan mereka.

Laluan orang awam sama ada untuk ke tandas atau ruang membeli makanan. Mudah kerana kawasan perjalan kaki disediakan dalam ruang yang cukup luas dan selesa serta permukaan yang baik untuk kerusi roda.

Bab yang paling penting bagi OKU ialah isu tempat letak kereta.Bukan apa merekakan susah untuk bergerak, dengan kemudahan yang ada nie mereka mampu untuk bergerak tanpa pertolongan orang dan tidak menganggu.Kemudahan seperti letak kereta yang dekat dengan kawasan yang ingin dituju memudahkan pergerakan mereka. Jika tempat letak kereta mereka sama dengan orang awam yang lain, ini akan menyusahkan mereka serta orang awam lain kerana ruang yang terhad bagi tempat letak biasa.Dibawah nie ada beberapa keping gambar yang sempat diambil.Tempat letak kereta disini diletakkan rantai penghalang untuk mengelak orang yang tidak berkenaan menggunakannya sesuka hati mereka..

Ramp yang tersedia bagi yang berkerusi roda untuk ke tandas dan ruang makan.

Ini pula tandas R&R Tapah tapi disebelah jalan pulang. Nie masa perjalanan pulang ke Pulau Pinang.Tandas disini nampak bersih dan selesa untuk OKU.Lagipun segala kemudahan seperti mangkuk tandas,pemegang serta singki berada pada tahap yang nak bangga tu bole juga. Bukan apa kalau kita tengok selesa, OKU merasa selesa la juga. Kena seimbang la dari segi kemudahan.



Selesakan walaupun tak la eklusif sangat..Pihak yang bertanggungjawab perlu menitikberatkan isu kemudahan untuk golongan OKU agar mereka bukan golongan yang dipingirkan.