Friday, February 20, 2009

Membeli-belah di Giant...

Pada kali ini kami berkesempatan ke Giant untuk melihat segala kemudahan yang disediakan bagi golongan OKU.Giant ialah sebuah Hypermarket yang menyediakan kemudahan membeli barangan dapur,memasak,pakaian dan lain-lain...Sudah tentu masyarakat yang mengunjungi terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat,tua, muda dan tidak dilupakan juga golongan OKU..Sempat juga kami bertanya kepada beberapa pengunjung mengenai kemudahan yang tersedia bagi golongan OKU..Walaupun Giant mempunyai ruang yang besar, tetapi kemudahan kepada golongan ini tidak lengkap dan masih kurang terutamanya perkhidmatan lif. Giant Bayan Baru mempunyai 2 tingkat ,dan hanya eskulator untuk barangan dan pengunjung sahaja..Bagaimana pula ragamnya dengan golongan OKU??..Adakah mereka hanya mampu berpusing ditingkat bawah sahaja..tanpa ke tingkat atas...Dari hasil tinjauan kami..jelas OKU hanya duduk di bawah...keluarga mereka..shopping....emmm...apa yang perlu dilakukan..kesiankan..kena tunggu barang ja...Ketidakupayaannya menjejaskan mereka untuk bergerak seperti orang lain.. Kalau dilihat tempat letak kereta juga jauh dari tempat masuk utama, dan tiada kemudahan khas yang tersedia untuk OKU..Bab yang kami seronok pasal tandas..ke mana saja yang kami pergi, perkara utama yang terfikir...TANDAS????Adakah ianya sesuai..ialah takkan nak berkongsi dengan kita yang tandasnya unik nie..Emmm..tandas yang tersedia amat memuaskan..bersih..dan selesa..Tandas yang mempunyai ciri-ciri untuk kegunaan OKU,tetapi belum selamat untuk mereka..Secara keseluruhan pihak pengurusan perlu meningkatkan tahap kemudahan yang lebih efektif untuk membantu golongan ini menggunakan perkhidmatan khas untuk mereka dengan mudah..tidak perlu membataskan pergerakan mereka dengan hanya kemudahan tidak mencukupi...Selalu "Caring and Sharing"



Jika dilihat pintu masuk utama ke Giant amat jauh dari tempat letak kereta. Hal ini amat menyukarkan golongan OKU untuk bergerak. Walaupun tempat letak kereta itu luas tetapi pihak pengurusan kurang menitikberatkan kemudahan kepada golongan ini.




Tempat letak kereta yang luas dan selesa tetapi tiada tempat khas untuk golongan OKU....mcm mana ya...


Mesin ATM yang berada ditingkat 2 bangunan amat menyukarkan golongan OKU untuk naik kerana perkhidmatan seperti lif tidak ada dan eskulator yang ada tidak sesuai untuk kegunaan mereka...Adakah mesin ini sesuai dan apakah pendapat anda??...



Eskulator yang disediakan hanya sesuai untuk pelanggan dan troli barangan. Ianya tidak sesuai untuk golongan OKU. Hal ini jelas kelihatan simbol yang melarang golongan OKU (berkerusi roda) untuk menggunakannya. Jadi bagaimana untuk mereka ke tingkat atas?..


Palang yang disediakan hanya 1 dan tidak boleh dilaraskan pula. Ianya amat menyukarkan penggunaan kepada mereka. Ciri-ciri keselamatan yang betul perlu diletakkan 2 palang serta boleh dilaras bersesuaian dengan saiz serta keperluan.




Sinki dan mangkuk tandas amat dekat. Hal ini amat menyukarkan penggunaan kerusi roda untuk bergerak jauh dan agak terbatas.



Kelebaran pintu muat untuk kerusi roda. Dari pemerhatian ianya sesuai dan mengikut saiz serta kriteria yang ditetapkan.

#Sorry atas kesulitan yang kami alami semasa mengeluarkan artikel yang sama sebelum ini.Artikel ini telah lengkap sepenuhnya.Selamat membaca...Always "caring and sharing"