Saturday, March 28, 2009

Sasaran Satu Peratus Pekerjaan Untuk OKU

http://www.emoss.com.my/info/rakansarawak/102005/news/nw02.shtml

OKTOBER 2005

Semua majikan swasta di negara ini perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peratus daripada jawatan dalam syarikat atau organisasi mereka kepada golongan orang kurang upaya ( OKU) apabila satu akta berkaitan yang sedang dalam perancangan diperkenal tidak lama lagi.

Kerajaan terpaksa mengambil tindakan itu bagi memastikan OKU di negara ini tidak terpinggir di samping membantu menyediakan peluang yang lebih besar bagi mereka bekerja dalam sektor swasta. Dasar menyediakan sebanyak satu peratus pekerjaan kepada golongan berkenaan dalam sektor awam telah dibuat sejak akhir tahun 1990-an.

Sehingga Februari tahun ini, kira-kira 5,582 golongan OKU bekerja dalam sektor awam di negara ini. Namun bilangan itu tidak sampai kepada sasaran dan lebih mengecewakan ialah bilangan yang bekerja di sektor swasta hanya kira-kira empat ribu orang sahaja berbanding kira-kira 30 ribu OKU yang mencari pekerjaan dalam sektor swasta setiap tahun.

Menyedari situasi itu, Jabatan Tenaga Kerja telah meningkatkan usaha membawa golongan itu masuk ke pasaran pekerjaan. Ia juga selaras dengan matlamat untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap pekerja asing.

Sehubungan itu program ‘ Sure Kerja’ yang dilancarkan pada Oktober 2004 dengan tujuan untuk membantu kumpulan sasarnya seperti OKU, suri rumah, dan ibu tunggal merupakan usaha yang perlu diteruskan. Untuk menggalakkan OKU bekerja, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia juga telah menggiatkan usaha bagi menggalakkan majikan melaksanakan pembaharuan atau perubahan pekerjaan dengan memperkenalkan flexy wages, flexy working hours, firm office, outsourcing serta menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak ( PAKK) di tempat kerja.

Langkah-langkah itu diharap dapat menggalakkan OKU, suri rumah dan ibu tunggal mendapatkan pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia juga mempunyai sebuah jawatankuasa teknikal bagi OKU yang berperanan memberikan pandangan dan saranan kepada pihak Kementerian.

Antara saranan yang telah dilaksanakan ialah melatih OKU dalam pelbagai bidang termasuk sebagai operator, pengendalian komputer, kemahiran bahasa, kraftangan, penyambut tetamu dan sebagainya.

Kesedaran kepada orang ramai khususnya majikan di sektor swasta dan latihan yang disediakan oleh kerajaan kepada OKU itu diharap dapat meningkatkan penyertaan OKU dalam pasaran kerja seterusnya turut sama menyumbang kepada pembangunan negara

Tesco tempat membeli belah pilihan ramai...

Pernahkah anda membeli belah di Tesco?Tapi kebanyakkan akan ke Tesco Sg.Dua ja kerana berdekatan dengan USM..Tapi hari nie saya nak bawa anda semua ke Tesco Jelutong untuk melihat kemudahan yang tersedia untuk golongan OKU.Sejauh mana pihak pengurusan mengambil berat tentang tanggungjawab sosial korporat terhadap golongan ini. Hal ini penting untuk memastikan segala kemudahan yang tersedia dapat dinikmati oleh golongan OKU.
Kalau anda semua ke Tesco ini, anda akan melihat banyak eskulator yang tersedia. Ada dalam bentuk tangga dan ada yang panjang terus. Sebenarnya eskulator tidak boleh digunakan oleh golongan OKU yang berkerusi roda. Bahaya untuk mereka. Jadi eskulator disini hanya untuk troli barangan dan untuk troli baby (walaupun xsesuai tapi ada yang masih guna)

Jom kita g tinjau ke tandasnya pula..Tandas kat sini besar sangat, bersih dan amat menitikberatkan tanggungjawab sosial korporat terhadap golongan OKU.

Bagaimana ok tak??Tandas disini berada pada tahap kebersihan yang memuaskan serta memberi keselesaan kepada golongan OKU.Paip air hanya bersebelahan mangkuk tandas, mudah untuk mereka mencapainya. Sinkinya juga rendah dan mudah untuk golongan ini menggunakannya. Tetapi satu ja paip airnya,sukar untuk buka.

Di Tesco kemudahan lif tersedia kerana memudahkan OKU untuk naik dan turun dengan mudahnya, tanpa perlu menggunakan eskulator yang amat tidak sesuai untuk mereka.Pemegang juga disediakan didalam lif untuk kesenangan OKU.

Kerusi turut tersedia berdekatan dengan tandas OKU. Hal ini memudahkan mereka untuk menggunakannya bagi tujuan beristirehat.Ok la tuk OKU,xpayah nak beratur dan berdiri lama2kan..
Pondok telefon juga salah satu kemudahan penting yang perlu ada disetiap mall. Di sini pondok telefon tersedia dalam 2 versi satu untuk OKU yang berkerusi roda dan 1 lagi untuk kegunaan orang ramai. Tapi satu ja..kenapa xdicipta nombor di telefon dalam bentuk braille??mudahkan jika OKU yang cacat penglihatan kalau nak guna??Apa pendapat anda??
Mesin ATM juga tersedia disini. Segala kemudahan mudah untuk digunakan oleh mereka yang OKU.


Tempat letak kereta salah satu kemudahan yang teramat penting jika ke sesuatu tempat, mudah untuk letak kereta.Bagaimana dengan tempat letak kereta golongan OKU?Adakah ianya tersedia..Di tesco, tempat letak kereta OKU hanya bersebelahan dengan pintu masuk ke dalam tesco.Hal ini amat memudahkan mereka untuk bergerak tanpa perlu berjalan jauh serta tidak menganggu kenderaan yang lain keluar dan masuk.
Secara keseluruhannya tesco Jelutong menjalankan tanggungjawab sosial yang baik kerana kemudahan untuk golongan OKU berada pada tahap yang memuaskan. Pihak pengurusan perlu meningkatkan tahap kemudahan supaya berada pada kadar yang seimbang, sesuai dengan persekitaran agar lebih mesra OKU.