Macam mana kalau OKU yang cacat penglihatan(buta) lalu kat kawasan ni. Bayangkanlah apa yang akan terjadi. Walaupun mereka ada tongkat...mereka tak akan menjangka ada lubang yang besar di hadapan mereka. Apa akan jadi kalau mereka terjatuh dalam lubang tu... dah baik orang letak besi untuk tutup lubang tu, senang-senang pula orang lain angkat ye...? Dah tu diganti pula dengan tong sampah jadi penutup.
Tengokla gambar kat bawah ni...letak ranting dengan plastik kat situ berkesan ke? Yela, kalau siang ok la kot orang boleh nampakkan. Tapi bayangkanlah waktu malam. Untuk pengetahuan semua, kawasan ni agak gelap tau. Silap-silap ada yang termasuk dalam tu kalau baru pertama kali lalu kat perhentian bas ni. Memang parah betul la... masalah ni bukan hanya mendatangkan kesusahan kepada individu OKU yang lalu kat kawasan ni malah turut memberi masalah kepada masyarakat awam yang lain.
Lorong ni memang sah la kalau ada OKU yang guna kerusi roda memang tak dapat nak lalu. Selain itu perhentian bas ni juga memang tak mesra OKU. Pada pendapat korang la kan...macam mana la agak-agaknya perhentian bas yang boleh kitaanggap sebagai mesra OKU. Agak-agaknya apa kriteria yang perlu ditekankan dan macam mana pula reka bentuk yang sesuai. Kalau ada cadangan boleh la kita bincang2 kat sini...hehehe. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca celoteh ni.