Friday, March 27, 2009

Lambaian di KLIA..

Bertemu kita lagi..Kali ni saya nak bawa anda semua ke Kuala Lumpur..salah satu ibu negara yang terulung di rantau ini..tapi adakan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kepada golongan OKU??...seiring dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan??..Jom kita ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)..

Tempat utama yang kami tuju adalah tandas..Akhirnya ternampak simbol tandas..Tempat yang sangat eklusif ..
Ini ialah pintu masuk ke dalam tandas.Ruang pintu yang tersedia besar dan boleh memuatkan kerusi roda.
Sinki yang tersedia dalam bentuk yang mudah untuk mereka. Ruang tisu juga terletak hanya diatas berserta tempat pemegang juga turut tersedia. Memang seronok berada dalam tandas ni.. Pendapat anda??

Gambar diatas kelihatan struktur mangkuk tandas, berserta tempat pemegang dan paip air. Semua kemudahan ini berada pada tahap yang sangat baik. Tandasnya yang bersih memberi keselesaan kepada golongan OKU untuk menggunakannya. Amat selesa sekali. Tandasnya juga tidak dikongsi bersama tandas awam yang lain. Tempatnya juga strategik..Dibawah ini gambar tempat tisu yang turut tersedia bagi kegunaan mereka.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersama-sama membantu mereka yang memerlukan...Jadi mesralah kita terhadap golongan OKU yang amat memerlukan....

2 comments:

  1. hai,saya Julia tinggal di New Zealand bersama suami yang menggunakan motorised wheelchair. Kami bercadang untuk pulang holiday ke Malaysia tapi saya bimbang tiada kemudahan oku seperti pengangkutan dsbnya.Bagaimana untuk dapatkan pengangkutan yang sesuai untuk ke hotel di kl dan sekitarnya.Suami belum pernah ke malaysia kerana masalah ini.Pls email saya di redrose4j@yahoo.co.nz

    ReplyDelete
  2. NZ is one of the best country to live for disable person.Here they are treated like normal people and heaps of aids from goverment,non goverment, non profit etc.The toilet like this is everywhere and it is compulsory for every commercial building and premises to provide this basic accomodation for disables.

    ReplyDelete