Monday, April 6, 2009

Bagaimana perasaan anda jika keadaan ini berlaku terhadap diri anda sendiri...?

22 Mac,2009 18:55 PM

Patuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Bagi Kemudahan Oku
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=398087

PETALING JAYA, 22 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran agar memastikan institusi kewangan mematuhi peruntukan Undang-undang kecil Bangunan Seragam bagi memastikan lokasi mesin ATM boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU).

Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Damai Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala V. Murugeswaran berkata institusi kewangan tidak mematuhi peruntukan itu menyebabkan ramai OKU yang menggunakan kerusi roda menghadapi masalah dan menjadi mangsa dalam urusan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Sebagai contoh seorang anggotanya yang lumpuh semua empat anggota badannya Safuan Al-Farugi, 24, menggunakan kerusi bermotor dirompak wangnya dua minggu lepas disebabkan mesin ATM itu terletak di tempat yang agak tidak sesuai untuk diakses oleh OKU.

Katanya Safuan yang bertugas dengan sebuah syarikat IT di Cyberjaya bergerak menggunakan kerusi yang dibuat khas, mendapati seorang sahabatnya yang diminta membantu mengeluarkan wang beliau daripada mesin ATM, telah mengeluarkan simpanannya tanpa diketahui sebanyak RM4,250.

"Dia terpaksa memberikan kad ATM dan nombor pin kepada orang ketiga itu (sahabatnya) bagi mengeluarkan wang tersebut dan mengambil kesempatan berikutan dengan keadaan kurang upaya itu," kata Murugeswaran pada persidangan akhbar di sini.

Dalam hubungan ini, persatuan itu menggesa kementerian tersebut dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengarah dan memastikan pihak berwajib mematuhi undang-undang kecil berkenaan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggarinya untuk meningkatkan hak-hak asas OKU.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment