Tuesday, March 24, 2009

Orang Kurang Upaya (OKU)

Orang yang kurang upaya (OKU) adalah :
"Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal"

~Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk.

~Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

~Walau bagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan yang sedia ada.

Apakah jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan?
1)Kecacatan penglihatan/buta
2)Kecacatan pendengaran/pekak
3)Kecacatan fizikal
~contohnya 'Cerebral palsy, Stroke, Muscular Dystrophy, kecederaan tulang belakang, pemotongan anggota (Limb amputation)
~Gangguan intelektual dan masalah dalam pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'
~Masalah tingkahlaku seperti 'Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)'
~Masalah komunikasi
~Walaupun kurang upaya/kecacatan telah diklasifikasikan namun seseorang itu mungkin boleh mendapat lebih dari satu jenis ketidakupayaan/kecacatan. Ia mampu menjejaskan seseorang pada masa-masa tertentu dalam hidupnya.

Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan?Sebab utama di kalangan bayi:
~Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy'
~Stress/tekanan kepada kandungan ibu terutamanya dalam 3 bulan kehamilan;
~Penyakit semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi
~Penyalahgunaan ubat seperti akohol, ubat-ubat tidak mematuhi preskripsi, merokok
~Jangkitan kuman akibat 'rubela, syphilis'
~Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' boleh menyebabkan ~keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephaly
~Kecederaan semasa hamil atau semasa proses melahirkan bayi yang menyebabkan kandungan lemas yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada otak seperti 'Cerebral palsy'
~Bayi mengalami penyakit kuning yang teruk (Kenicterus)

Sebab utama dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa:

~Jangkitan kuman seperti 'Heamophilus Influenza B' yang menyebabkan jangkitan pada selaput otak (meningitis) atau 'encephalitis' yang disebabkan oleh 'measles'
~Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal, akibat bahan kimia, akibat terbakar kepada tubuh
~Kekurangan zat makanan yang teruk seperti kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun/buta
~Kekurangan 'iodine' dalam badan yang menyebabkan keadaan 'Congenital Hypothyroidism' (terencat akal & susuk badan pendek)
~Komplikasi dari penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, angin ahmar (stroke)

Bolehkah kurang upaya/kecacatan ini dicegah?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan:


~Amalkan cara hidup yang sihat. Elakkan mengambil dadah, alkohol atau merokok.
~Elakkan dari terlibat dalam kemalangan atau kecederaan

~Dapatkan suntikan perlalian:
-Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan 'rubella' dan vaksin 'tetanus'
-Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan suntikan mengikut jadual perlalian yang terkini
-Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
-Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan
Perlukah saringan untuk mengesan kurang upaya dilakukan?

YA

~Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
-Dapatkan ujian pendengaran secara berkala di tempat kerja
-Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis

~Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti peka berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan mengenalpasti masalah.

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?
~Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
~Pemeriksaan fizikal
'ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan
~Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjillan terhadap kromosom(amniocentesis)
~Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
-Pergerakkan kasar
-Kemahiran halus fungsi tangan
-Menguruskan kehidupan seharian
-Komunikasi dan pendengaran
-Tingkahlaku dan kemahiran sosial

Langkah pemulihan
Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?
~Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat/kurang upaya:
-Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
-Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
-Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
~Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:

-Perubatan:
Langkah pemulihan dari segi :
-Pemulihan anggota
-Pemulihan carakerja
-Pemulihan pertuturan
-Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.

Pendidikan:.
-Kanak-kanak kurang upaya perla didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

Sosial:
-Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
-Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
-Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.

Latihan Vokasional.
Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.


Artikel dipetik daripada:MyHEALTH Portal-Orang Kurang Upaya
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storyid=1155038400784&storymaster=1155038400784

No comments:

Post a Comment