Friday, March 20, 2009

Taman Belia Pulau Pinang.

Anda semua pernah sampai ke Taman Belia Pulau Pinang(TBPP).Mugkin segelintir pelajar USM ada yang pernah dan tidak untuk menjejakkan kaki mereka ke tempat itu.Terletak di kawasan Waterfall "Bortanical Garden" yang saya tau la..area2 untuk ke Gurney drive.Saya nie jarang gak la g sana tapi time2 sekolah selalu juga la,tambah2 masa awal2 tahun..P buat aktiviti merentas desa..tak pn masa thaipusam p buat sibuk la time 2.Dulu tempat ni xberapa ok macam sekarang kerana pihak MPPP telah menaiktarafkan tempat nie serta pertambahan kemudahan bagi aktiviti riadah pada hujung minggu.Kemudahan termasuklah kolam mandi,padang permainan,medan makan,kawasan pejalan kaki,padang yang luas dan juga tandas awam.





Sebut pasal tandas orang cakap macam suasana dalam hutan.Orang kata "excited" la nak masuk siap pasang lagu lagi tau.Tapi kali nie masa pegi buat tinjauan kat tempat nie agak kecewa gak la dengan tahap kebersihannya.Mungkin hujung minggu?atau selalu macam nie?Terletak jauh dari pandangan umum sukar untuk mencarinya.Pertama kali masuk amat teruja juga la dengan sinki serta cermin yang unik.Memang seronok la ibarat"toilet in the jungle".Masa menjenguk ke tandas amat mengelikan sekali terutama tandas OKU..




Dah sedia 1,2,3...

cantik tak??


Mangkuk tandas ala2 kerusi dengan dipenuhi oleh tisu lagi dengan pemegang yang hanya syarat ada ja.Semasa berada di situ bukan saja OKU malah orang biasa juga turut menggunakan tandas OKU tuk tukar baju la,buang air la.Jadi macam mn..xkn OKU nak beratur pula..Paip air juga jauh dari mangkuk tandas.Semasa tinjauan di buat,xnampak langsung paip airnya,terpaksa mencari dibelakang pintunya.Pintu tandas juga sempit.Macam mana mereka nak masuk dengan menggunakan kerusi roda?

Semasa berjalan2 disekitar TBPP,infrastruktunya mesra masyarakat juga.Dengan segala kemudahan bagi segala aktiviti riadah disediakan.Tempat rehat,perjalan kaki,aktiviti refleksologi juga turut dilengkapkan.Jadi kemudahan sebegini sesuai bagi golongan OKU untuk bersama2 menikmatinya.




Oleh itu pihak MPP perlu menitikberatkan penggunaan tandas,terutama tandas OKU,jangan diberi guna oleh mereka yang mampu untuk duduk dan bangun dengan mudahnya.Kerjasama antara kita bagi melihat mereka yang istimewa untuk bersama2 mengecapi nikmat kurniaan bersama2.

Thursday, March 19, 2009

Facilities for true disabled

Department of Town and Country Planning Peninsular Malaysia, Ministry of Housing and Local Government.
http://www.townplan.gov.my

Malaysia, terdapat 1 peratus daripada penduduk adalah terdiri daripada orang cacat. Berdasarkan jumlah tersebut, terdapat keperluan yang nyata terhadap penyediaan kemudahan untuk golongan orang kurang upaya. Tanpa kemudahan sokongan yang diperlukan, pergerakan mereka adalah lebih terbatas dan akan menghadkan aktiviti mereka.

Golongan kurang upaya mendapati beberapa kesukaran semasa menggunakan kemudahan di tempat yang dikunjungi disebabkan beberapa faktor. Masalah utama yang mereka hadapi ialah kemudahan tersebut tidak selamat, tidak mudah untuk sampai ke satu-satu destinasi dan peletakan sesuatu kemudahan itu jauh untuk dikunjungi.
Definition

The Malaysian Welfare Department (1993) defined the disabled as a person that is unable to obtain fully or partially the requirements of an individual or unable to live in a community fully because of impairments since birth or in later life.

General Guidelines
  • Take into consideration access for the disabled to all buildings that are approved by the local authorities according to laws and existing standards.
  • Accessibility to enter public buildings, multi storey housing, commercial buildings, public transportation terminals and recreation areas by the disabled must be prioritised.
  • Take into consideration the ability of the disabled to exit from such places without hindrance.
  • Planning must cover space usage and facilities for users of various types of disabilities and handicaps.
  • Take into consideration the basic activities of the disabled such as moving, sitting and others.
  • Planning element or suppor facility that emphasises on the characteristics of safety, comfort and suitability.
  • Each facility based on user friendly for the disabled.
  • Location of facilities should be planned carefully to maximize usage efficiently and effectively.

Planning Concept for Disabled Facilities

Access Planning Concept


Planning Schemetic for Disabled Facilities

Planning Standard For Disabled Facilities

Accessibility
  1. Ramps
    -
    Each ramp must connect the disabled in a continous and barrier free manner.
    -Maximum slope is 1:15 with a minimum width of 1800 mm.
    -Surface of ramp to be smooth and non slip.
  2. Handrails and grab bars
    -
    Handrail (diameter 40 mm – 50 mm prepared together with ramp).
    -Handrail height is 2.4 feet (700 mm) and 3 feet (900 mm).
    -Braille markings should be prepared at the beginning and end of the handrail.
  3. Special access / walkways / five footways
    -
    Continous pedestrian walkways with no barriers should be provided.
    -A minimum width of 1500 mm.
    -Surface of pedestrian walkways is of a non slip surface.
    -Surface texture of entries and exits are of different texture from the rest of the walkway.
    -Height of pedestrian walkways without kerbs are at a maximum 10 mm
    .
  4. Building foyers
    -
    Ramps and handrails should be provided as close as possible to the entrance of a building.
    -Building entrance of a minimum width of 1,800 mm.
    -Glass doors are marked with a clear sign at a level of 800 mm-1,500 mm.
  5. Textured access surface
    -
    Utilize dot-type blocks to provide caution.
    -Line type blocks to show direction.

Spaces

Special car park areas
-Must be provided and connect the disabled with a step ramp of 1,000mm in width.
-Total special car park space is 1:100 regular car park space.
-Special car parks are prepared with a size of 3,300mm in width x 6,600mm in length
.

Support Facilities

  1. Signboard
    -Horizontal placement with a minimum height of 2000mm from road level.
    -Colour, font and size of signboards must be clear and easily readable.
    -provide braille signboard
  2. Fixed or built in bench and table
    -5% of benches in public area reserved for the disabled.
    -Design that is comfortable, height that is suitable and safe.

Design Example of Space And Equipment For The Disabled

Wednesday, March 18, 2009

Facilities provided inside Bukit Jambul (BJ) shopping complex

Hai guys...here i want to show you the facilities provided inside the BJ Shopping Complex. Here i just focus on lift because from what we have observed, lift is the one and only facilities that can be use to go to every level (for persons with disabilities). Escalator is also provided but as you all know, persons with disabilities are not allowed to us it for their own safety.

Ok, this lift is located near to car park. It is good to have a lift near to car park because you don't need to walk very far just to find the lift. Like for example, if someone using wheelchair join their family to do shopping, their fanily members only push the wheel chair in a short distance. For persons who are using stick...i guess it was tiring if there walk to far just to find the lift.
But what makes it not accessible here is because the call button is obstructed with the dustbin. To make it accessible for all, there should be no abstruction below the lift call button.

What else the problem here? The call button is not provided with audible indicator that can indicate its directions of the travel.

Once the door open, i enter into the lift and i'm really surprised to see the call button; it is very high located at the right site inside the lift. In addition, the call button is also not provided with braille number or letter.

The lift is also not provided with grab bar. Look at the picture below.



This is the second lift we found inside BJ shopping complex. It is quite hard to find if you are not familiar with this building. But i guess this is much better than the first lift just now.

This lift was provided with braille number and letter, even the call button outside the lift is also provided with the direction indicator. The call button inside the lift is also not too high located.

And also, this lift is provided with crossed bar / grab bar. (picture below)

While this is the third lift we found there. This lift is located in front of KAMDAR supermarket. It is looked like funtionable but it is not. We push the call button because we want to know how was the view inside this lift but we waiting for so long and it doesn't open. But i guess it is also provided with braille letter and number from what we can see from the call button outside the life.


Here it is, the call button is provided not only with braille indicator but also with embossed indicator.
Thats all for today...thanks for visiting us here.

Tuesday, March 17, 2009

Semangat Aisyatul

Aisyatul: Buta bukan halangan


KUALA LUMPUR 10 Mac - Seminggu selepas mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) lima tahun lalu, Nur Aisyatul Radiah Alidaniah, 20, tiba-tiba hilang penglihatan sewaktu terjaga dari tidurnya.

Aisyatul pada masa itu tidak dapat menerima hakikat nikmat penglihatannya 'ditarik' tuhan tiga tahun lebih awal daripada jangkaan pakar mata, akibat masalah pada saraf optik yang dihidapinya.

"Kerana tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya telah buta yang dijangka menimpa saya pada umur 18 tahun, saya merahsiakannya daripada pengetahuan ahli keluarga.

"Tetapi selepas seminggu menahan sebak, luluh di hati dan hilang punca kerana menjadi buta, akhirnya saya memberitahu ibu perkara sebenar," katanya.

Dia ditemui pada majlis pengumuman dan penyampaian anugerah cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 di sini hari ini dengan ditemani ibunya, Halimah Othman, 43.

Nyata masalah cacat penglihatan pada dirinya tidak menghalang beliau daripada dipilih sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2008 bagi Kategori Pelajar Calon Istimewa (Kategori Buta) selepas mencatat keputusan 4 Prinsipal (P) dalam semua mata pelajaran diambilnya.

Dia yang merupakan calon aliran sastera mendapat A dalam mata pelajaran Sejarah dan B dalam Bahasa Malaysia, Pengajian Am serta Ekonomi.

Aisyatul yang bercita-cita menjadi ahli astronomi sejak kecil, terpaksa 'menukar' impian kepada pendidik bagi menabur kembali bakti kepada masyarakat, khususnya buat golongan pelajar kurang upaya (OKU).

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin di Tuaran, Sabah itu menceritakan, antara kepayahan beliau menuntut ilmu selepas mengalami cacat penglihatan termasuklah kurang bahan rujukan.

"Adakalanya, saya terpaksa meminta bantuan rakan membacakan sesebuah bahan rujukan sambil saya menulisnya kembali dalam bentuk Braille dan mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, guru-guru dan rakan seperjuangan.

"Tidak semua buku rujukan untuk STPM ada dalam bentuk Braille dan saya bercita-cita mengubah situasi ini apabila bergelar pendidik nanti, Insya-Allah," ujarnya.

Seorang lagi penerima kategori serupa (Spastik), Hashim Mohamad, 20, memberitahu, beliau mendapat inspirasi untuk berjaya selepas menyaksikan dua kakaknya menjadi jurutera, selain seorang lagi sedang menuntut di Republik Czech dalam jurusan perubatan.

''Kecacatan tidak menghalang saya untuk bercita-cita menjadi peguam atau penasihat undang-undang suatu hari nanti," kata anak penoreh getah bekas pelajar SMK Kuala Krai, Kelantan itu.
Hashim yang juga calon aliran sastera mendapat A dalam mata pelajaran Pengajian Am; Bahasa Malaysia (A-), Kesusasteraan Melayu (B), Sejarah (B-) dan Geografi (B).

Seorang lagi pelajar dari SMK Pendidikan Khas Setapak di sini, Chai Wei Xiong, 21, turut dipilih sebagai pelajar cemerlang dalam kategori sama (Pekak/Bisu).

"Saya berbangga dapat keputusan dua B+, satu B dan satu C dalam keempat-empat mata pelajaran yang diambil (Sejarah, Bahasa Malaysia, Pengajian Am dan Ekonomi),'' jelasnya melalui bahasa isyarat yang diterjemahkan gurunya, Cheang Seok Chin.
ULASAN:
Persoalannya...sekolah tersebut seharusnya sedar terdapat pelajar yang kurang upaya di sekolah mereka. Mengapa tidak disediakan kemudahan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Bayangkan jika tiada rakan-rakan yang membantu membaca buku-buku untuk Aisyatul, agaknya bagaimanakah beliau harus belajar jika tiada bahan rujukan? Seharusnya pihak sekolah memainkan peranan dan menyedari keperluan belajar pelajar kurang upaya.

Monday, March 16, 2009

Tempat duduk OKU di dalam bas Rapid Penang


Well, i guess most of us know how was the condition inside Rapid bus...What do you all think...is it the seat is very comfortable or not?
Maybe for us, a normal persons...it is ok but we don't know how is the persons with disability feel. Like before, Miss Tan Chin Chin has shared her experience when she depart into a bus. She has to take a time to reached the seat which are provided for disable. For her condition, she will normally take a time to walk and i think it is not convinience to her especially if the bus is already moved even though she haven't get her seat yet. This is because the seat is provided next to back door.
What do you all think about this? Should the seat change to the front near to the front door or let it just remain there...?
I think that person who are responsible to fixed the location of the seat for disabled people should think more on how to make the facilities provided inside the bus become an easy access especially the disabled people. They not just put the sign there but also think how to make it really useful and comfortable to persons with disability.

Sunday, March 15, 2009

Kesempurnaan untuk setiap insan..

Mata merupakan salah satu bahagian tubuh kita yang sangat penting. Dengan mata, kita boleh melihat beraneka keindahan ciptaan Tuhan. Kita harus bersyukur bila kita dilahirkan dengan kurniaan yang tidak ternilai ini.Mempunyai mata sihat dan normal, impian setiap makhluk ciptaan tuhan. Di antara kita yang matanya tidak berfungsi atau buta. bagaimana mereka yang dilahirkan dengan kekurangannya?? Penglihatan yang tidak sempurna dan juga tidak dapat melihat dengan sempurna. Tetapi mereka sempurna dari segalanya..

Kemudahan yang seiring perlu disediakan agar golongan yang cacat penglihatan boleh menggunakannya tanpa sebarang halangan. Semasa kami bersiar-siar di Persiaran Gurney yang lalu, golongan cacat penglihatan tidak terlepas peluang untuk menggunakan kemudahan awam ini sebagai contoh tempat melintas jalan dan penjalan kaki yang disediakan pihak tertentu untuk memudahkan mereka untuk melintas jalan.

Kita semua tahu, persiaran Gurney sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang tanpa penjagaan oleh "traffic light". Ini amat menyukarkan golongan cacat penglihatan untuk melintasi jalan. Jika kemudahan penjalan kaki di wujudkan, mereka mudah untuk melintas jalan kerana kawasan itu menjadi perhatian umum..Tak tau la kalau masih tak nampak bagi sesetengah mereka yang celik mata..Semasa kami mengambil gambar masih ramai pengguna jalan raya yang berkenderaan membawa kenderaan mereka dengan kelajuan yang tak dapat dibendung..mereka seolah-olah memikirkan diri sendiri tanpa menitikberatkan orang lain, terutamanya mereka yang buta. Sukar bagi mereka untuk melintas jalan jika kenderaan yang laju masih tidak terkawal.

Lintasan penjalan kaki cacat penglihatan disediakan untuk mereka yang buta bertujuan untuk menyeberangi jalan. Dengan reka bentuk yang seimbang dan mempunyai jalan yang tidak rata bagi memudahkan mereka yang buta merasa menggunakan tongkat semasa menyeberangi jalan. Kemudahan seperti ini perlu lebih banyak disekitar tempat yang sibuk dan menjadi tumpuan umum kerana mereka yang tidak dapat melihat boleh menggunakannya tanpa sebarang keraguan diri..Oleh itu mereka tau hala tuju semasa melintas. Jadi bagi mereka yang dikurniakan mata yang sempurna..fikir-fikirkanlah kesusahan mereka jika kita tiada sikap bekerjasama bagi membantu mereka..Mereka lebih mulia dari kita yang mempunyai penglihatan yang sihat dan normal..Mereka melihat menggunakan hati..sebaliknya kita melihat menggunakan nafsu..

Di bawah ini ada beberapa gambar yang kami nak kongsi dengan kawan-kawan semua...Jadi fikir-fikirkanlah..


Jadi..apa pendapat anda..buka hati pekerti diri....Sebarang komen,cadangan..

Saturday, March 14, 2009

Kecacatan Haziq tidak patahkan semangat....

Kecacatan Haziq tidak patahkan semangat

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan FATIHAH MOHAMEDberita@kosmo.com.my


TUANKU MIZAN menyerahkan trofi anugerah kepada Muhammad Haziq di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kekurangan yang ada pada diri Muhammad Haziq Samrat, 14, sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih cemerlang.
Biarpun mengalami kecacatan fizikal dari pinggang ke bawah, dia tetap mempunyai fikiran positif terhadap ketentuan Ilahi itu malah tidak mahu terpinggir seperti manusia normal lain.
Muhammad Haziq menggunakan papan luncur untuk memudahkannya bergerak seharian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain."Saya gembira kerana setiap kali keluar pada hujung minggu, diri saya menjadi tumpuan orang ramai kerana menggunakan papan luncur untuk bergerak sekali gus menjadikan saya ramai kenalan," katanya.
Kecekalan serta sikapnya yang positif itu mendorongnya terpilih antara penerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsan 1430 Hijrah yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam. Kejayaan tersebut membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM22,000 berserta plak dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mohammad Haziq menyifatkan penganugerahan itu sebagai satu penghargaan besar dalam hidupnya kerana dia tidak pernah menyangka diberikan anugerah seumpama itu terutama kerana dirinya orang kurang upaya (OKU).

Friday, March 13, 2009

Louis Braille..Pembuat sistem penulisan unik..

Buta sejak kecil

Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor. Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon Rene Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique. Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.

Pada usia 10 tahun, Braille mendapat biasiswa untuk belajar. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Institut Nasional untuk Anak-anak Buta. Semasa usia 17 tahun, ia sudah mulai mengajar di tempat itu. Di sekolah itu Braille sangat tertarik dengan sistem penulisan yang diperkenalkan oleh Charles Barbier. Sistem penulisan itu menggunakan titik-titik timbul.
Pada usia 15 tahun, Braille bekerja keras mengembangkan sistem penulisan itu. Beliau ingin belajar sistem penulisan itu kerana sesuai untuk orang buta. Hasilnya, beliau berjaya membuat sistem penulisan yang menggunakan kode enam-titik. Kode enam-titik itu mempunyai berbagai kombinasi seperti abjad ABC yang kita kenal. Ia juga mengadaptasinya untuk intonasi kod muzik.

Pada tahun terakhir hidupnya, Braille menderita tuberkulosis. Beliau meninggal pada 6 Januari 1852 di Paris.Berkat Braille, orang tuna netra dapat membaca secara lancar seperti kita. Mereka pun dapat memperoleh beraneka pengetahuan melalui buku. Juga tiada masalah dalam pembacaan Al-Quran kerana tulisan ini khusus untuk mereka.


Louis Braille

Apa itu Braille...

Braille ialah sejenis tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil.ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

Abjad Braille

Braile terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut.Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada 'org'. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.Simbol-simbol braille adalah seperti berikut:


Kod-kod Braille


A1 B2 C3 D4 E5 F6 G7 H8 I9 J0
X. X. XX XX X. XX XX X. .X .X
.. X. .. .X .X X. XX XX X. XX
.. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

K L M N O P Q R S T
X. X. XX XX X. XX XX X. .X .X
.. X. .. .X .X X. XX XX X. XX
X. X. X. X. X. X. X. X. X. X.

U V W X Y Z
X. X. .X XX XX X.
.. X. XX .. .X .X
XX XX .X XX XX XX

Capital Number Question
sign sign Period Comma mark
.. .X .. .. ..
.. .X XX X. X.
.X XX .X .. XX