Saturday, March 7, 2009

Gay paksa tukang urut OKU

http://groups.yahoo.com/group/gokum/message/3016

Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Siti Fatimah Hassan KUALA LUMPUR:

Golongan gay atau homoseksual gersang sanggup membayar 'duit tip' antara RM100 hingga RM200 kepada tukang urut cacat penglihatan semata-mata untuk memuaskan nafsu seks yang sedang bergelora.

Tindakan tidak senonoh golongan terbabit mempergunakan golongan kurang upaya(OKU), menimbulkan perasaan kurang selesa pengamal perubatan tradisional dikalangan orang cacat penglihatan yang mendakwa perkhidmatan ditawar disalahertikan.

Perkara itu didedahkan sendiri seorang daripada tukang urut cacat penglihatan terbabit yang hanya dikenali sebagai Zamri, dengan mendakwa ada di antara golongan terbabit bertindak keterlaluan apabila meminta melakukan perbuatan keji termasuk beronani dan 'urut batin'.

Zamri berkata, kewujudan terlalu banyak pusat urut maksiat di sekitar ibu kota menyebabkan orang ramai turut menganggap golongan senasibnya menawarkan perkhidmatan sama apabila sanggup 'berhabis' berbanding caj urutan biasa."Tidak kira apa bangsa sekali pun, semua mempunyai niat yang satu iaitu semata-mata untuk mendapatkan 'khidmat songsang' daripada kami," katanya kepada Harian Metro, ketika ditemui di Brickfields, di sini.

Selain itu, Zamri berkata kebanyakan mereka itu tanpa segan silu meminta perkhidmatan songsang berkenaan malah yang lebih berani 'meraba-raba' tubuh badan tukang urut buta ketika mengurut golongan terbabit."Perkara seperti ini sering berlaku. Mereka hanya datang dan terus bertanyakan mengenai perkhidmatan itu. Sepatutnya kami yang mengurut mereka, tetapi bertukar sebaliknya apabila mereka pula yang 'mengurut' kami."Mungkin dia ingat orang celik biasa melakukan perkara keji lalu menganggap golongan seperti kami melakukan perbuatan sama, tetapi mereka silap kerana kami bukan tukang urut jenis itu," katanya yang mengusahakan pusat urut di Gombak.

Tindakan itu dikatakan menjadi jalan alternatif bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu apabila pusat urut maksiat sedia ada kendalian orang normal sering diserbu pihak berkuasa selain ada pula yang mencari 'selera baru'.Harian Metro difahamkan pusat urut dimaksudkan itu banyak beroperasi di sekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah, selain spa gay di ibu kota seperti di Bukit Bintang sering kali menjadi tumpuan golongan songsang terbabit.Malah, pendedahan Harian Metro pada 21 Februari lalu turut menyelongkar mengenai sindiket 'rumah urut gay tempatan' yang dikendalikan individu normal dikesan semakin berani menonjolkan diri dengan memancing pelanggan mewah antarabangsa menerusi panggilan telefon.

Perkhidmatan eksklusif itu ditawarkan terus ke depan pintu dan tukang urut gay idaman akan memberikan perkhidmatan berdasarkan keperluan pelanggan, manakala lokasinya terserah kepada kedua-dua pihak kerana tukang urut dihantar sindiket menggunakan pengangkutan peribadi.Sebelum transaksi bagi dwi perkhidmatan gay termasuk urutan dan teman sosial dipersetujui antara kedua-dua pihak, satu ejen khas yang dilantik sindiket ditugaskan untuk menjadi perantara bagi menerima panggilan tersebut.


1 comment:

  1. dasyat2...ni kes...moral the story,be real men huhu~~

    ReplyDelete