Saturday, March 14, 2009

Kecacatan Haziq tidak patahkan semangat....

Kecacatan Haziq tidak patahkan semangat

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan FATIHAH MOHAMEDberita@kosmo.com.my


TUANKU MIZAN menyerahkan trofi anugerah kepada Muhammad Haziq di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kekurangan yang ada pada diri Muhammad Haziq Samrat, 14, sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih cemerlang.
Biarpun mengalami kecacatan fizikal dari pinggang ke bawah, dia tetap mempunyai fikiran positif terhadap ketentuan Ilahi itu malah tidak mahu terpinggir seperti manusia normal lain.
Muhammad Haziq menggunakan papan luncur untuk memudahkannya bergerak seharian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain."Saya gembira kerana setiap kali keluar pada hujung minggu, diri saya menjadi tumpuan orang ramai kerana menggunakan papan luncur untuk bergerak sekali gus menjadikan saya ramai kenalan," katanya.
Kecekalan serta sikapnya yang positif itu mendorongnya terpilih antara penerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsan 1430 Hijrah yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam. Kejayaan tersebut membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM22,000 berserta plak dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mohammad Haziq menyifatkan penganugerahan itu sebagai satu penghargaan besar dalam hidupnya kerana dia tidak pernah menyangka diberikan anugerah seumpama itu terutama kerana dirinya orang kurang upaya (OKU).

No comments:

Post a Comment