Pada usia 10 tahun, Braille mendapat biasiswa untuk belajar. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Institut Nasional untuk Anak-anak Buta. Semasa usia 17 tahun, ia sudah mulai mengajar di tempat itu. Di sekolah itu Braille sangat tertarik dengan sistem penulisan yang diperkenalkan oleh Charles Barbier. Sistem penulisan itu menggunakan titik-titik timbul.
Pada usia 15 tahun, Braille bekerja keras mengembangkan sistem penulisan itu. Beliau ingin belajar sistem penulisan itu kerana sesuai untuk orang buta. Hasilnya, beliau berjaya membuat sistem penulisan yang menggunakan kode enam-titik. Kode enam-titik itu mempunyai berbagai kombinasi seperti abjad ABC yang kita kenal. Ia juga mengadaptasinya untuk intonasi kod muzik.
Louis Braille
Apa itu Braille...
Braille ialah sejenis tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil.ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.
Braile terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut.Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada 'org'. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.Simbol-simbol braille adalah seperti berikut:
Kod-kod Braille
A1 B2 C3 D4 E5 F6 G7 H8 I9 J0
X. X. XX XX X. XX XX X. .X .X
.. X. .. .X .X X. XX XX X. XX
.. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
K L M N O P Q R S T
X. X. XX XX X. XX XX X. .X .X
.. X. .. .X .X X. XX XX X. XX
X. X. X. X. X. X. X. X. X. X.
U V W X Y Z
X. X. .X XX XX X.
.. X. XX .. .X .X
XX XX .X XX XX XX
Capital Number Question
sign sign Period Comma mark
.. .X .. .. ..
.. .X XX X. X.
.X XX .X .. XX
No comments:
Post a Comment