Kemudahan yang seiring perlu disediakan agar golongan yang cacat penglihatan boleh menggunakannya tanpa sebarang halangan. Semasa kami bersiar-siar di Persiaran Gurney yang lalu, golongan cacat penglihatan tidak terlepas peluang untuk menggunakan kemudahan awam ini sebagai contoh tempat melintas jalan dan penjalan kaki yang disediakan pihak tertentu untuk memudahkan mereka untuk melintas jalan.
Kita semua tahu, persiaran Gurney sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang tanpa penjagaan oleh "traffic light". Ini amat menyukarkan golongan cacat penglihatan untuk melintasi jalan. Jika kemudahan penjalan kaki di wujudkan, mereka mudah untuk melintas jalan kerana kawasan itu menjadi perhatian umum..Tak tau la kalau masih tak nampak bagi sesetengah mereka yang celik mata..Semasa kami mengambil gambar masih ramai pengguna jalan raya yang berkenderaan membawa kenderaan mereka dengan kelajuan yang tak dapat dibendung..mereka seolah-olah memikirkan diri sendiri tanpa menitikberatkan orang lain, terutamanya mereka yang buta. Sukar bagi mereka untuk melintas jalan jika kenderaan yang laju masih tidak terkawal.
Lintasan penjalan kaki cacat penglihatan disediakan untuk mereka yang buta bertujuan untuk menyeberangi jalan. Dengan reka bentuk yang seimbang dan mempunyai jalan yang tidak rata bagi memudahkan mereka yang buta merasa menggunakan tongkat semasa menyeberangi jalan. Kemudahan seperti ini perlu lebih banyak disekitar tempat yang sibuk dan menjadi tumpuan umum kerana mereka yang tidak dapat melihat boleh menggunakannya tanpa sebarang keraguan diri..Oleh itu mereka tau hala tuju semasa melintas. Jadi bagi mereka yang dikurniakan mata yang sempurna..fikir-fikirkanlah kesusahan mereka jika kita tiada sikap bekerjasama bagi membantu mereka..Mereka lebih mulia dari kita yang mempunyai penglihatan yang sihat dan normal..Mereka melihat menggunakan hati..sebaliknya kita melihat menggunakan nafsu..
Di bawah ini ada beberapa gambar yang kami nak kongsi dengan kawan-kawan semua...Jadi fikir-fikirkanlah..
Jadi..apa pendapat anda..buka hati pekerti diri....Sebarang komen,cadangan..
No comments:
Post a Comment