Wednesday, April 1, 2009

Email kepada Encik Mohamad Faizal Che Yusof

from lydia isnawaty <lismallsweetlady@gmail.com>toMOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF <mfcy76@gmail.com>
dateMon, Mar 30, 2009 at 1:44 PM
subjectRe: Akses ke tempat awammailed-bygmail.com
hide details Mar 30 (3 days ago)


Reply

Terima kasih

2009/3/27 MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF <mfcy76@gmail.com>-

Wa Alaikumussalam: Akan saya telitikan. Buat sehari dua ni, saya ada program advokasi di Kuala LUmpur. Wasalam.

----- Original Message -----
From: lydia isnawaty
To: mfcy76@gmail.com
Sent: Friday, March 27, 2009 1:35 AM
Subject: Akses ke tempat awam



Salam Encik Mohammad Faizal Che Yusof. Saya Lydia, penulis untuk blog "We Care...Access For Persons With Disabilities", http://access4disabilities.blogspot.com/ saya menerima maklum balas dari saudara tentang blog yang kami buat. Jadi di sini saya ingin bertanyakan pendapat encik berhubung dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan golongan kurang upaya. Untuk makluman Encik Mohammad, kami telah membuat tinjauan ke beberapa buah lokasi dan bangunan-bangunan awam yang terdapat di sekitar Pulau Pinang seperti di pusat membeli belah Queensbay, Perangin, Pacific, Bukit Jambul, hospital dan beberapa lagi lokasi lain.
Ternyata seperti ada usaha yang diambil oleh pihak pengurusan dalam menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya namum kemudahan yang disediakan tidak berapa sesuai dengan keadaan mereka (OKU) malah banyak kemudahan yang disediakan tidak menepati piawaian yang sepatutnya. Jelas bahawa mereka hanya bertindak menyediakan kemudahan tersebut tanpa merujuk dengan sumber yang tepat semasa menyediakan kemudahan tersebut. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui beberapa pantauan yang telah kami lakukan seperti di pusat membeli belah Perangin dan Bukit Jambul.
Pada pendapat encik, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan tempatan terhadap individu yang bertanggungjawab terhadap sesebuah bangunan tersebut? Kita boleh menilai berdasarkan beberapa kriteria seperti:
1. bangunan awam yang langsung tidak menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya
2. ada menyediakan kemudahan tetapi tidak sesuai atau kemudahan telah rosak tetapi tidak diganti atau diperbaiki semula dan sebagainya.
Seterusnya, selain daripada lift, ramp, tempat letak kereta dan tandas...apakah kriteria yang perlu kami nilai dan pantau bagi setiap bangunan awam dalam usaha membantu menyuarakan atau membangkitkan isu ini di mata masyarakat?
Bagaimana pula dengan AKTA BANGUNAN...saya tidak berapa jelas tentang akta tersebut...harap encik dapat membantu kumpulan kami.
Terima kasih sekali lagi kerana telah melawat blog kumpulan kami.

3 comments:

  1. korang..nak baca susah lar..warna dia tak nampak

    ReplyDelete
  2. mudah nya jawapan encik tu

    ReplyDelete
  3. tah la fndrocka...sampai sekarang saya x dpt sebarang maklum balas pun dari dia...

    ReplyDelete