Minggu lalu kami telah pergi ke Hotel Evergreen yang terletak di Gurney Plaza untuk meninjau kemudahan yang di sediakan oleh pihak hotel kepada golongan OKU. Di sini kami melihat segala kemudahan berada dalam keadaan yang sempurna..Maklumla hotel..heheeh..5 star pula tu..Mesti la jaga kualiti. Rasa seronok berada di sana walaupun keadaan yang agak sunyi pada petang itu..Paling penting untuk golongan OKU ialah kemudahan tandas yang disediakan...Tempat pertama yang kami kunjungi..Kedudukan tandas berada dalam keadaan yang selesa,dengan penyediaan pemegang di kedua-dua belah.Tetapi jika dilihat dengan teliti pemengangnya tidak boleh dilaras mengikut saiz dan keperluan pengguna terutama yang berkerusi roda.Tempat tisu yang rendah selaras dengan kegunaan mereka serta sinki dan cermin juga berada dalam kedudukan yang rendah..Cukup selesa dan amat memuaskan hati kami..Kemudahan lain turut tersedia ialah terdapat 4 lif yang beroperasi, salah 1 untuk kegunaan golongan OKU. OKU hanya perlu menekan punat simbol OKU dan lif yang khusus untuk mereka akan terbuka. Dari tinjauan kami hampir setengah hari hanya di Hotel tersedia kemudahan lif untuk OKU..Tempat-tempat yang lain semua tidak tersedia..Walaupun ada tetapi tidak sesuai..terutama di shopping complex. Sepatutnya tempat seperti Shopping complex yang perlu ada kerana tempat itu kunjungan umum..jadi bagaimana dengan kemudahan seperti ini??..Adakah perlu??Mereka juga memerlukan kemudahan yang lengkap.Walaupun Mall mempunyai keluasan bangunan yang besar tetapi kemudahan yang seiring perlu disediakan untuk mereka yakin pada diri dan tidak bergantung harap pada keluarga dan orang terdekat dengan mereka..Ini gambar2 yang sempat kami rakamkan dan kongsikan dengan rakan2 sepanjang berada di Hotel berkenaan..Jadi fikir2kan la kemudahan yang tersedia..
Di sekitar Hotel Evergreen
Pemandangan luar Hotel Punat lif untuk OKU... sesuai untuk golongan OKU kerana faktor pembinaan yang agak rendah mengikut kriteria yang bersesuaian dengan golongan OKU.. Punat lif untuk OKU dan orang biasa.Hal ini jelas menunjukkan keperihatinan pihak pengurusan terhadap golongan OKU,kerana lif ini khusus untuk mereka sahaja.
Punat lif OKU yang rendah dari punat lif biasa,memudahkan mereka untuk menekan punat tanpa meminta pertolongan daripada orang lain.
Pemegang di dalam lif yang fleksibel untuk kegunaan mereka.
Struktur lif yang selesa dan luas memudahkan kerusi roda untuk masuk dan pergerakan kerusi tidak terbatas.
Simbol tandas OKU yang dipamerkan di luar pintu masuk ke tandas.
Tandas yang siap dengan pemegang, tetapi tidak boleh dilaraskan untuk kesesuaian pengguna kerusi roda. Keluasan antara pemengang dan mangkuk tandas sempit menyukarkan golongan OKU untuk beralih dari kerusi roda ke mangkuk tandas.
Tempat tisu yang agak rendah memudahkan mereka untuk mengambilnya.
Sinki yang rendah untuk memudahkan membasuh tangan sesuai bagi mereka.
Ruang pintu tandas yang lebar untuk memudahkan penggunaaan kerusi roda untuk masuk ke dalam tandas.Ianya memberi keselesaan kepada mereka.
Ruang telefon awam yang rendah sesuai untuk golongan OKU jika berlaku kecemasan.
Salam semua:
ReplyDeleteSatu usaha yang amat bagus. Jika perlukan apa jua pandangan berkaitan perundangan emailkan saja kepada saya di
mfcy76@gmail.com atau kunjungi blog saya di:
http://www.bprihatin.blogspot.com
salam singgah.
bravo. usaha anda mmg murni. semoga ramai org muda dan terpelajar seperti kalian lebih sensetif dng persekitaran.
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan anda ke blog kami. maaf lambat balas. harap dapat call akak. ada kerja untuk anda. dapat kiranya hubungi akak no tel. 0162525597
terima kasih akak atas sokongan yang diberikan. Nanti saya akan cuba call akak.
ReplyDelete