Jika dilihat pintu masuk utama ke Giant amat jauh dari tempat letak kereta. Hal ini amat menyukarkan golongan OKU untuk bergerak. Walaupun tempat letak kereta itu luas tetapi pihak pengurusan kurang menitikberatkan kemudahan kepada golongan ini.
Mesin ATM yang berada ditingkat 2 bangunan amat menyukarkan golongan OKU untuk naik kerana perkhidmatan seperti lif tidak ada dan eskulator yang ada tidak sesuai untuk kegunaan mereka...Adakah mesin ini sesuai dan apakah pendapat anda??...
Eskulator yang disediakan hanya sesuai untuk pelanggan dan troli barangan. Ianya tidak sesuai untuk golongan OKU. Hal ini jelas kelihatan simbol yang melarang golongan OKU (berkerusi roda) untuk menggunakannya. Jadi bagaimana untuk mereka ke tingkat atas?..
Sinki dan mangkuk tandas amat dekat. Hal ini amat menyukarkan penggunaan kerusi roda untuk bergerak jauh dan agak terbatas.
betul la tu, kalau cuma kerajaan yang beria2 nak bela nasib oku,tapi pihak yang lain tak ambil tindakan sampai bila nasib oku nak terbela..kemudahan utk orang normal dah bagus tapi oku pulak?sebab tu oku tak dpt nak jalani hidup sosial mcm kita,kemudahan awam utk oku tak cukup lengkap seperti kemudahan utk orang normal..adil atau tidak bagi golongan oku?
ReplyDeletemesti la tak adil kan...semua orang mempunyai hak yang sama untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dengan selesa. Jadi mari la kita bersama2 membantu golongan yang kurang berupaya
ReplyDelete