Monday, March 23, 2009

Handicapped Children's Centre.

Sebut saja pasai sekolah dalam fikiran kita hanya terfikir sekolah harian biasa untuk kanak2 normal samada sekolah kerajaan atau swasta.Pernahkah terlintas difikiran kita sekolah untuk golongan OKU.Mereka yang tidak diharapkan untuk ke sekolah biasa dengan persekitaran yang lain,kemudahan,rakan2,guru2...Walaupun mereka OKU,mereka juga perlukan tempat untuk belajar dengan selesa bagi menjamin masa depan mereka.Mereka juga perlu diajar untuk berdikari,kemahiran serta pelajaran bagi membantu mereka mengharungi hidup mereka.Ada golongan OKU yang mampu untuk ke sekolah biasa tapi tahap penerimaan tidak dibalas dengan setimpal.Mereka mungkin dipandang rendah kerana ketidakmampuan mereka.Tapi mereka juga boleh cemerlang seperti pelajar2 yang normal.Malah boleh lebih cemerlang.Kerana mereka juga mampu ke menara gading masuk u macam pelajar2 normal yang lain.







Di sekolah ini sama seperti sekolah harian biasa.Pelajar2 disini terdiri dari pelbagai masalah dengan erti kata pelbagai penyakit yang dihidapi mereka.Dari seawal usia 4 tahun hingga ke 17 tahun. Di sini mereka di ajar dengan segala proses pembelajaran seperit cara berdikari,di ajar untuk mengurus diri,makan,minum,memasak serta aktiviti riadah.Perkara yang terpenting adakah pihak pengurusan menitikberatkan aspek kemudahan yang lengkap untuk mereka belajar sama seperti kanak2 lain yang seusia dengan mereka??





Kanak2 di ajar makan dengan sendirinya sambil dipantau oleh guru mereka.


Bilik khas pelajar dengan masalah masing2.Hanya 1 saja pintu masuk untuk ke dalam.


Di sekolah perkara utama guru yang juga merupakan kemudahan bagi menjalani proses pembelajaran yang lebih selesa kerana proses sosiolisasi bermula dari proses pembelajaran. Bukan hanya melihat kepada kemudahan yang nampak, juga yang tidak nampak seperti guru.Kanak2 seperti ini tidak percaya kepada persekitaran tanpa bimbingan guru.Jika sikap guru tidak baik maka tahap kepercayaan akan hilang.Mereka perlu jujur dalam diri untuk membentuk kanak2 yang terlalu istimewa ini.


Kanak2 yang masih ditahap pra-persekolahan


Proses pembelajaran sedang dijalankan.


Murid sedang menjalani proses fisioterapi pemulihan anggota di bilik berasingan.


Proses pembelajaran sedang berjalan. Gambar pelajar tengah bermain bola hanya dapat dirakam diluar kelas sahaja,kerana pintunya ditutup untuk mengelak pelajar keluar.


Jika dilihat segala kemudahan berada dalam tahap yang memuaskan.Tandas yang bersih,selesa untuk kegunaan mereka.Bagi tahap bilik darjah atau kelas amat kecewa sekali kerana setiap bilik hanya disediakan 1 pintu untuk keluar dan masuk.Bagaimana bangunan seperti itu boleh diluluskan sedangkan tahap pembinaan tidak mencapai tahap piawaian penubuhannya.Sukar bagi kanak2 yang berkerusi roda untuk keluar.Tambah2 jika berlaku sesuatu kejadian seperti kebakaran.Sukar untuk mereka keluar secara beramai2.


Tandas yang bersih dan selesa.Tetapi pelajar disini masih memerlukan permerhatian guru semasa menggunakan tandas,kerana tandas ini sempit serta kurang kelengkapan yang bersesuaian dengan mereka bagi pelajar yang berkerusi roda.


Ramp di pintu juga agak sempit untuk ke kelas,serta pembinaan ramp juga tidak banyak dan amat menyukarkan OKU untuk bergerak masuk.Van untuk mereka bergerak bagi aktiviti luar kelas juga disediakan tetap tidak sesuai bagi mereka yang berkerusi roda kerana sukar untuk naik dan turun dari van.Para guru perlu mengangkat pelajar2 yang berkerusi roda untuk ke dalam van. Peruntukkan kemudahan tidak seimbang jika dilihat dari aspek pembelajaran.OKU terpaksa bersusah payah untuk belajar.Bagaimana dengan kita??masih ada yang malas untuk belajar..Bilik latihan senaman bagi mereka yang cacat anggota juga disediakan tetapi segala peralatannya telah lama digunakan.



Van sekolah yang digunakan bagi aktiviti luar serta penghantaran pelajar pergi dan balik dari sekolah. Kelihatan van ini amat tidak sesuai sekali bagi mereka yang berkerusi roda.Para guru serta kakitangan sekolah perlu mengangkat pelajar untuk ke dalam van.

Bilik darjah yang besar tetapi hanya satu pintu sahaja bagi setiap kelas.



Sepanjang saya di sana seorang pelajar yang mendapat 3A dalam UPSR yang mengalami masalah musle saraf yang mengakibatkan seluruh badannya lemah dan lembik terpaksa bersekolah disitu semata-mata tiada sekolah yang sanggup menerimanya untuk belajar.Anggapan mereka dia tidak boleh menulis dengan lancar dan lambat dalam proses pembelajaran.Jadi dimana letaknya etika kemanusiaan kita dengan hanya kekurangan diri OKU terpaksa dipinggirkan.

Inilah pelajar lelaki yang cemerlang dalam pelajarannya,bersama adiknya,juga mengalami masalah yang sama.Wajahnya tidak dapat dirakamkan dengan jelas kerana malu.

Oleh itu kemudahan yang lebih banyak perlu bagi membentuk mereka sama seperti kanak2 normal yang lain.Golongan mereka adalah golongan yang teristimewa dalam masyarakat.Fikir2kanlah..

No comments:

Post a Comment