Saturday, March 28, 2009
Tesco tempat membeli belah pilihan ramai...
Friday, March 27, 2009
Lambaian di KLIA..
Tempat utama yang kami tuju adalah tandas..Akhirnya ternampak simbol tandas..Tempat yang sangat eklusif ..
Sunshine Square..mesra OKU...
Thursday, March 26, 2009
Air Keroh..Melaka
Ni pula ramp,tempat penjalan kaki yang siap dengan tempat pemegang memudahkan OKU untuk melaluinya dari tempat letak kereta ke tandas atau gerai makanan.Senang bukan.
Simbol dibawah nie tempat letak kereta yang dikhaskan untuk golongan OKU. Hal ini memudahkan untuk mereka bergerak dan tidak menganggu kenderaan awam lain untuk meletakkan kereta. Tempat ini dikhaskan hanya mereka yang berkerusi roda sahaja.
Secara keseluruhannya pihak pengurusan masih menitikberatkan aspek penyediaan kemudahan terhadap OKU. Tetapi masih ada yang kurang serta mutu perkhidmatan yang kurang memberangsangkan.Sebagai contoh ramp yang tersedia sudah uzur dan perlu diperbaiki agar kerusi roda dapat digunakan dengan mudah. Selain itu juga ruang makan yang terhad dan agak sempit.
Penang International Airport..
Ramp yang tesedia di luar pintu masuk memudahkan penggunaan kerusi roda serta troli barang dan beg2 penumpang.
Tempat letak kereta kemudahan paling penting untuk golongan OKU, terutama mereka yang berkerusi roda.Mereka dikhaskan kerana memudahkan mereka untuk keluar dan masuk dari kereta dengan mudah tanpa menggangu kenderaan yang lain. Di sini kemudahan tempat letak kereta disediakan, tapi satu ja perkara yang amat mengecewakan, tempat itu diguna oleh mereka yang sempurna,tanpa memikirkan perasaan serta kepentingan golongan OKU. Jadi dimana sifat kemanusiaan diri kita??
Secara keseluruhannya Tanggungjawab Sosial Korporat bagi golongan OKU memberangsangkan. Tetapi pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan tahap kemudahan berada pada kadar yang selamat serta pertambahan kepada kemudahan ini bagi membolehkan golongan OKU menggunakannya. Suasana di dalam lapangan terbang dikatakan mesra OKU kerana tempat duduk menunggu tersedia. Ramai juga OKU yang berada disana semasa saya membuat tinjauan. Tetapi gambar tidak diambil kerana masalah2 tertentu. Jadi fikir2kanlah.
