Thursday, March 26, 2009

Penang International Airport..

Kali nie saya nak bawa anda semua ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak di Bayan Lepas Pulau Pinang.Saya nak lihat juga la kemudahan yang tersedia bagi golongan OKU, adakah mereka menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) kepada mereka ynag memerlukan. Bukan apa ianya sebuah tempat tumpuan umum,bukan saja dalam negara tapi juga seluruh negara.Kalau mereka mengabaikan bagaimana negara kita nie nak maju...Betul x??Sepintas lalu permandangan di luar Airport ni.

Bab yang paling xsuka ialah nak cari sesuatu tempat, contohnya tandas untuk OKU,punyalah susah. Papan tanda menunjukkan arah ke sana,tapi bila sampai ja ke tandas xdak pula tandas OKU, cari punya cari,terpaksalah tanya dengan tukang cuci kat sana.Macam mana nie..susah betul nak mencari tandas OKU nie. Hal ini memberi kesukaran kepada mereka untuk menggunakan tandas kerana nak cari tandas pun memakan masa yang lama. Bagaimana dengan mereka yang tak mampu untuk berjalan??

Akhirnya saya jumpa juga dengan tandas OKU, tapi sayang tandasnya berkunci. Tak boleh la nak masuk. Puas cari tukang cuci untuk membuka pintu itu tetapi pelbagai alasan, ada kat orang tu la,orang nie la kuncinya. Apa alasan anda jika orang yang minta tu golongan OKU??Nak suruh dia beratur tunggu ka?? Dah la tandas terletak di sebelah kiri balai berlepas.


Sinki ni dalam tandas orang biasa, tapi tersedia juga sinki pada paras yang rendah.



Kerusi roda ini terletak berhampirann dengan balai berlepas. Hal ini amat memudahkan golongan OKU untuk menggunakannya. Semasa saya di sana ramai juga golongan yang tidak berkemampuan (guna kerusi roda) ditolak keluar dari balai ketibaan oleh pekerja2 di sana. Jelas menunjukkan lapangan terbang masih menitikberatkan golongan yang tidak upaya.


Eskulator juga disediakan tetapi OKU tidak boleh menggunakannya.Jadi kemudahan seperti lif diperlukan. Lif disana tersedia dengan tulisan braille. Hal ini mudah bagi mereka yang cacat penglihatan untuk menggunakannya. Selain itu juga kedudukan punat dalam dan luar lif rendah untuk memudahkan mereka menekaannya.


Ramp yang tesedia di luar pintu masuk memudahkan penggunaan kerusi roda serta troli barang dan beg2 penumpang.


Tempat letak kereta kemudahan paling penting untuk golongan OKU, terutama mereka yang berkerusi roda.Mereka dikhaskan kerana memudahkan mereka untuk keluar dan masuk dari kereta dengan mudah tanpa menggangu kenderaan yang lain. Di sini kemudahan tempat letak kereta disediakan, tapi satu ja perkara yang amat mengecewakan, tempat itu diguna oleh mereka yang sempurna,tanpa memikirkan perasaan serta kepentingan golongan OKU. Jadi dimana sifat kemanusiaan diri kita??


Tempat letak kereta yang mudah bagi OKU untuk ke dalam lapangan terbang.

Secara keseluruhannya Tanggungjawab Sosial Korporat bagi golongan OKU memberangsangkan. Tetapi pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan tahap kemudahan berada pada kadar yang selamat serta pertambahan kepada kemudahan ini bagi membolehkan golongan OKU menggunakannya. Suasana di dalam lapangan terbang dikatakan mesra OKU kerana tempat duduk menunggu tersedia. Ramai juga OKU yang berada disana semasa saya membuat tinjauan. Tetapi gambar tidak diambil kerana masalah2 tertentu. Jadi fikir2kanlah.

Wednesday, March 25, 2009

Dataran Pahlawan..Melaka


Gambar tandas nei kat diambil semasa di Dataran Pahlawan Melaka..Tapi xsempat nak ambil gambar kat dalam sebabnya orang ramai yang melihat dan nak guna tandas..heheeh..Tapi keseluruhan tandasnya best,besar dan bersih. Pihak pengurusan hanya perlu menambah bilangan tandas ja lagi untuk memudahkan golongan OKU menggunakannya. Bukan apa xkan mereka nak beratu semata-mata nak masuk ke dalam tandas..

Secara keseluruhannya, pihak pengurusan disemua tempat terutama yang melibatkan kemudahan awam perlu menitikberatkan Tanggungjawab sosial kepada masyarakat tidak kira golongan biasa dan paling pentinh golongan OKU agar negara kita seiring dengan negara luar yang memandang golongan OKU yang teristimewa dimata masyarakat. Oleh itu sentiasa 'sharing and caring' dan mesra OKU..

Berjalan-jalan di Queensbay Mall..

Mesti anda sedia maklum tempat yang diberi nama Queensbay Mall..Mall yang sekarang amat terkenal di Penang nie..terutama kepada golongan pelajar-pelajar USM...kalau sesiapa tidak tau..tipu la..sedangkan pelajar 1st year masuk baru seminggu pun dah jejak kaki kat sana..(Bagi pelajar yang di luar kawasan penang)..Hari ini saya nak bawa rakan2 semua meninjau segala kemudahan kepada golongan OKU..Adakah ianya tersedia sempurna@ terlalu sempurna??

Pertama sekali tempat yang saya terjah adalah tandas..tempat yang penting untuk kita semua samada dari aspek kebersihan dan keselesaan.Teruja saya dengan tahap kebersihan dan keselesaan tandas..teratur,kebersihan terjaga dan kemas dari susun aturnya..tapi cuma 1 sahaja yang tak ok. Setiap kali nak guna tandas OKU, mereka terpaksa minta kunci kat "tukang cuci"..kenapa??

Terfikir sejenak..ia la tandas nie untuk golongan OKU,tapi masyarakat kita nie tak faham. Mereka akan guna juga janji selesa untuk mereka buang hajat. Kalau mereka guna,golongan OKU nak guna tandas mana? Kalau OKU saja yang guna mesti bersih, orang lain guna mesti kotor,tambah-tambah makcik-makcik bersama anak-anaknya. Oleh itu, sukar bagi OKU nak guna, takkan mereka nak beratur kot kalau nak masuk tandas...macam kita tak pe la kalau beratur. Oleh itu, OKU la yang kena tempiasnya kerana sekali nak guna kena minta kunci dulu. Masa tinjau tandas ni pun kena minta kunci dari tukang cuci.

Jika dilihat struktur tandas, ia berada dalam keadaan baik, selesa dengan pemegang yang boleh laras mengikut saiz serta keperluan mereka. Tapi kecewa bab pintu tandas la, terlalu kecil, hanya muat untuk 1 kerusi roda saja. Kalau pintu tandas kecil lagi sukar la nak masuk ke dalam. Takkan OKU nak jalan kot (kalau guna kerusi roda)...Kami yang normal ni nampak sukar nak masuk, bagaimana pula dengan mereka yang berkerusi roda?? Bercakap pasal tandas, teruja rasanya melihat sinki dan cermin berada dalam keadaan baik serta paip air yang mudah untuk dibuka.

Penggunaan lif kat sana memang bebas. Banyak,selesa dan strategik. Sesuai untuk mereka yang berkerusi roda dengan penyediaan tempat pemegang serta punat lif yang berkeadaan baik. Walaupun tak capai piawaian pembinaan punat lif bagi OKU tapi mereka masih boleh tekan. Kemudahan lif saja untuk naik turun mall bagi OKU.Walaupun eskalator ada tetapi ianya dilarang penggunaannya bagi OKU. Jadi lif saja kemudahan kepada mereka. Tapi jika dilihat punat lif tidak disediakan dalam bentuk braille.Hal ini amat menyukarkan OKU yang cacat penglihatan untuk menggunakannya.

Dari tinjauan saya tempat letak kereta untuk OKU tidak disediakan. Hanya laluan (ramp) untuk ke dalam mall saja disediakan. Namun tidak berapa sesuai kerana agak curam serta memerlukan bantuan juga untuk turun ke tempat letak kereta juga ke dalam mall.


Secara keseluruhannya kemudahan di sini berada dalam keadaan baik dan kemas. Pihak pengurusan perlu lebih peka terhadap segala kemudahan OKU. Ianya melambangkan tahap keprihatinan kita terhadap mereka yang tidak mampu. Jadi sentiasa "Sharing and Caring".

Tuesday, March 24, 2009

Orang Kurang Upaya (OKU)

Orang yang kurang upaya (OKU) adalah :
"Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal"

~Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk.

~Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

~Walau bagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan yang sedia ada.

Apakah jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan?
1)Kecacatan penglihatan/buta
2)Kecacatan pendengaran/pekak
3)Kecacatan fizikal
~contohnya 'Cerebral palsy, Stroke, Muscular Dystrophy, kecederaan tulang belakang, pemotongan anggota (Limb amputation)
~Gangguan intelektual dan masalah dalam pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'
~Masalah tingkahlaku seperti 'Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)'
~Masalah komunikasi
~Walaupun kurang upaya/kecacatan telah diklasifikasikan namun seseorang itu mungkin boleh mendapat lebih dari satu jenis ketidakupayaan/kecacatan. Ia mampu menjejaskan seseorang pada masa-masa tertentu dalam hidupnya.

Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan?Sebab utama di kalangan bayi:
~Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy'
~Stress/tekanan kepada kandungan ibu terutamanya dalam 3 bulan kehamilan;
~Penyakit semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi
~Penyalahgunaan ubat seperti akohol, ubat-ubat tidak mematuhi preskripsi, merokok
~Jangkitan kuman akibat 'rubela, syphilis'
~Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' boleh menyebabkan ~keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephaly
~Kecederaan semasa hamil atau semasa proses melahirkan bayi yang menyebabkan kandungan lemas yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada otak seperti 'Cerebral palsy'
~Bayi mengalami penyakit kuning yang teruk (Kenicterus)

Sebab utama dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa:

~Jangkitan kuman seperti 'Heamophilus Influenza B' yang menyebabkan jangkitan pada selaput otak (meningitis) atau 'encephalitis' yang disebabkan oleh 'measles'
~Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal, akibat bahan kimia, akibat terbakar kepada tubuh
~Kekurangan zat makanan yang teruk seperti kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun/buta
~Kekurangan 'iodine' dalam badan yang menyebabkan keadaan 'Congenital Hypothyroidism' (terencat akal & susuk badan pendek)
~Komplikasi dari penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, angin ahmar (stroke)

Bolehkah kurang upaya/kecacatan ini dicegah?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan:


~Amalkan cara hidup yang sihat. Elakkan mengambil dadah, alkohol atau merokok.
~Elakkan dari terlibat dalam kemalangan atau kecederaan

~Dapatkan suntikan perlalian:
-Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan 'rubella' dan vaksin 'tetanus'
-Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan suntikan mengikut jadual perlalian yang terkini
-Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
-Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan
Perlukah saringan untuk mengesan kurang upaya dilakukan?

YA

~Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
-Dapatkan ujian pendengaran secara berkala di tempat kerja
-Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis

~Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti peka berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan mengenalpasti masalah.

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?
~Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
~Pemeriksaan fizikal
'ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan
~Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjillan terhadap kromosom(amniocentesis)
~Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
-Pergerakkan kasar
-Kemahiran halus fungsi tangan
-Menguruskan kehidupan seharian
-Komunikasi dan pendengaran
-Tingkahlaku dan kemahiran sosial

Langkah pemulihan
Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?
~Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat/kurang upaya:
-Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
-Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
-Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
~Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:

-Perubatan:
Langkah pemulihan dari segi :
-Pemulihan anggota
-Pemulihan carakerja
-Pemulihan pertuturan
-Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.

Pendidikan:.
-Kanak-kanak kurang upaya perla didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

Sosial:
-Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
-Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
-Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.

Latihan Vokasional.
Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.


Artikel dipetik daripada:MyHEALTH Portal-Orang Kurang Upaya
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storyid=1155038400784&storymaster=1155038400784

Sejenak ke Hospital Pulau Pinang

Saya berkesempatan untuk ke General Hospital(GH) bagi melihat kemudahan yang disediakan di sana.GH ialah sebuah hospital kerajaan,mesti mereka lebih peka terhadap kemudahan bagi golongan OKU.Di persekitaran hospital ada menyediakan tempat letak kereta di depan pintu kawasan masuk ke dalam hospital.Tempat yang strategik kerana mereka tidak perlu untuk berjalan jauh2 kerana GH tempat yang paling sibuk sekali.Dah la susah nak dapat tempat letak kereta dan motor kalau ke sini.




Di depan GH tersedianya ramp untuk kegunaan kerusi roda dan juga bagi "troli pesakit" bagi mereka yang sakit untuk di tolak masuk.Jadi mudahla bagi mereka untuk bergerak menggunakan kerusi roda dengan sendirinya.




Jika dilihat penyediaan pondok telefon yang rendah dari biasa.Bagi OKU mereka boleh menggunakannya tanpa perlu berdiri.


Sepanjang perjalanan di dalam hospital,tempat pemegang di setiap bangunan serta tempat perjalan kaki disediakan. Hal ini bertujuan untuk mereka yang tidak mampu berjalan dengan baik bagi menggunakannya.Mudah ja kalau kita lihat..tetapi bagaimana dengan mereka yang xmampu.nk menstabilkan diri sukar macam mana nak jalan kalau xada pemegang ni..




Isu paling seronok bab tandas la..GH sebuah hospital lama,kerajaan pula.Semua masyarakat tertumpu kat situ sakit,kemalangan,nak bersalin,lawat orang sakit,tak kira bangsa la..Tapi bab tandas amat2 sedih sekali kalau lihat. Dah la tak strategik,sempit,kotor.Jika dilihat mangkuk tandas xsesuai langsung bagi mereka yang berkerusi roda.Lihat saja pembinaannya dengan pemegangnya syarat ada ja untuk dipegang,sesuai jangan cakap la.Tempat mandi juga tak sempurna.Ianya diibarat asalkan ada dah cukup.Tapi mereka tidak tahu bertapa pentingnya tandas kepada kita semua. Sedangkan kita yang normal perlukan tandas yang bersih dan selesa,bagaimana bagi OKU.Jika dilihat lorong untuk ke tandas juga sempit dengan tambahan perhiasan yang menyakitkan mata ja..macam mana kalau tong2 tu jatuh dan terkena mereka y OKU??Tertumpah..Hanya tangkap muat untuk lepas masuk ke tandas ja la. Di bawah ini gambar yang diambil sepanjang menjejakkan kaki ke tandas.




Macam mana ok ke tandasnya???...


Struktur lif besar dan amat menakutkan,untuk saya la.Kalau sorang2 xguna lif dah.Mudah bagi OKU nak guna,dengan tempat pemegang,punat lif serta kebesaran lif.Sesuai untuk katil pesakit nak masuk.dengan tahap kelebaran bole muat 1 katil la.Tapi satu ja..huruf braille tidak disediakan bagi OKU yang cacat penglihatan untuk menggunakannya. Jadi macam mana mereka nak gn??


Secara keseluruhannya walaupun GH sebuah hospital kerajaan,pihak pengurusan perlu peka terhadap kemudahan terutama tandas tahap kebersihan dan juga keselesaannya.Jika orang yang tak sakit boleh sakit jika tgk,macam mana pula dengan orang yang sakit.Tambah2 mereka yang OKU yang terpaksa menggunakan kerusi roda dalam pergerakan seharian mereka.Oleh itu tahap kemudahan perlu diperbaiki untuk melihat OKU mampu tersenyum dengan persekitaran yang sempurna.